Pages

6.6.20

BERSALIN DALAM TEMPOH PKP (COVID19)

Assalamualaikum semuanya...

Dah lama simpan dalam kepala nak tulis dalam blog. Tapi harini baru dapat kekuatan 🤣 . Alhamdulillah, mommy dah selamat bersalin baby boy pada 26 Mei 2020 at 37w5d. 

A day before the baby popped out sempat posing raya 👻
Oh ya, mommy macam biasa pilih Hospital Putrajaya untuk 2nd baby ni. Hospital favourite 😛

Ok la straight to the point untuk siapa yang tak tahu macamana pengalaman bersalin semasa musim Covid-19 ni.

1. SUAMI TAK BOLEH TEMAN

Mommy memang dah mentally prepared sebab nak buat macamana kan. Masa dah sakit tu, terus pergi Dewan Bersalin (tapi tempoh PKP ni kena pergi wad O&N) kena buat saringan dulu dekat kabin yang disediakan. HUSBAND BOLEH DROP JE. Lepastu semua sendiri sorang- sorang sampai masuk labour room 😥

2. SEORANG DIRI DALAM LABOUR ROOM

Dah nama suami tak boleh teman, so masa sakit tu sorang- sorang lah mommy. Aduh nak ternangis pulak bila mengenangkan peristiwa ni sebab takde kolar baju suami nak tarik, takde tangan nak pegang, takde telinga nak dengar mommy kejap marah kejap sedih hahahahaha (pengalaman masa anak first). Sorang- sorang ya, sampai dah nak terbersalin nanti nurse dengan Dr je ada. NANGIS 😞

3. AZANKAN BABY

Lepas baby keluar, dah bersih semua dengar nurse panggil daddy untuk azankan baby. TAPI TAK BOLEH PEGANG. Azan je kat telinga. Sian daddy, mesti dia rasa nak pegang baby masa tu. Ada jugak dengar cerita orang lain Dr yang azankan la, ayah azankan melalui telefon je la. Bergantung la kot dengan siapa yang assist atau hospital mana atau bilangan pesakit dalam labour room ke kan?

4. MASUK WAD

Last mommy dapat jumpa daddy, lepas bersalin sebab nurse suruh ambil barang- barang mommy dari labour room and get ready bawa barang semua naik wad. Itu pun suruh cepat- cepat. Tak sempat peluk ngadu-ngadu sakit lepas bersalin LOLZ 😆 lepastu ingatkan daddy dapat naik hantar barang masuk wad sekali guard je naik hantar. NANGIS LAGIIIIII 😞

5. WAKTU MELAWAT

TIADA MELAWAT-MELAWAT YA. Apa- apa barang nak hantar semua hantar kat guard je. 😭😭 NANGIS LAGI. Hahahaha sebab rindu lepastu sedih lagi anak masuk NICU pulak. Tak tau sebab apa lagi pulak tu masa tu. Sedih sangattt sebab tak ada orang nak comfort kita masa tu. Tak ada siapa nak datang kat kita, bagitahu kenapa dengan anak kita. Semua kena buat sendiri. Pergi NICU sendiri, cari anak sendiri, tunggu nak jumpa doktor pulak yang entah ada ke tak masa tu.

6. DISCHARGE

Bila dapat tahu boleh discharge, husband akan settle kan semua bil dan dapat pass untuk ambil isteri dekat wad 😍 lega. So kesimpulannya, last yang mommies akan jumpa husband masing- masing before bersalin adalah di pintu dewan bersalin 😂

7. EXTRA (NICU BABY)

Ok ni saje la tambah, baby dalam NICU tak boleh discharge hari yang sama dengan mommy 😞 daddy sekali je boleh tengok baby dalam NICU itu pun untuk azankan sekiranya belum azan (tempoh PKP ni je, kalau tak both parents boleh tengok babies dalam NICU) Tapi mujur specialist ajak both mommy and daddy sama- sama tengok baby lepas sesi kaunseling. Dapatla last daddy tengok baby. Then seminggu baby dalam NICU seminggu tu la mommy ulang- alik hantar susu, bagi susu tapi sorang- sorang je la boleh naik. Kuat betul golongan ibu- ibu ni kan?

8. ANOTHER EXTRA (CHECKUP KK)

Ok last. Baby kena check kuning dekat KK. Lepastu ibu je boleh masuk ye. Waduh waduh. Dengan nak pegang baby lagi, buku lagi, beg lagi. Dah lepas register hantar ke bilik ambil darah lepastu hantar pulak ke lab, lepastu patah balik lagi check berat baby pulak etc etc. Esoknya datang lagi repeat repeat repeat sampai result puas hati 😓

......

Itu jela kot pengalaman mommy. Lain hospital, lain tempat mungkin lain pengalamannya. Hospital swasta setahu mommy, husband boleh je teman. Ada jugak hospital swasta yang ibu dan ayah wajib buat covid test at 37w lepastu kalau tak bersalin jugak dalam tempoh 2 minggu, buat lagi sekali. Kalau mampu, and tak mampu nak duduk dalam labour room tanpa suami boleh la pilih swasta 😍

Apa yang mommy dapat simpulkan, DON’T TAKE FOR GRANTED dengan pasangan kita. Sebab kita tak tahu mungkin itu kali terakhir kita jumpa pasangan kita. Tak kisah la covid ke tak covid ke. Mommy dapatla daddy pegang tangan dalam kereta masa sakit on the way hospital. Nasib baik paham 😝 sebab mommy dah tak heran dah sekeliling cakap banyak tanya banyak pun mommy tak layan dah time tu hahahahaha. Even hari- hari biasa pun kan, moga kita sentiasa tunjukkan kasih sayang sesama kita sebab kita pun tak tahu bila kali terakhir yang kita akan masih hidup bersama orang- orang yang tersayang. *kesat air mata

Apa- apa pun, bersyukur sangat dah selamat bersalin dan terima kasih atas bantuan frontliners yang menjadi sebutan ramai sekarang ni. ❤❤ mana yang boleh diperbaiki, sama- sama kita perbaiki.

Ok korang, sekian sahaja untuk harini, semoga bermanfaat. Good boy mommy masih ketiduran sambil kakaknya menyelit di ketiak kiri mommy. 😂

4.12.19

Cuba Try Test

Assalamualaikum gais.

Korang ada tak cuba test yang pasal pokok apa yang sesuai dengan personaliti korang? Atau erti kata lain, korang ni sejenis pokok apa? 😂

Meh aku share aku ni pokok apa

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1A-FYfQcs3yqF1Y1S1UT63IwF63uWMmsY

Aku setuju la haha. Ala lagipun, kalau korang buat apa-apa test, mestila korang jawab based on apa yang korang rasa betul tentang diri korang. So result personality test tu memang la kena dengan korang sebab korang dah bagi jawapan pun. Duhhh

dumb full house GIF

Siapa tak buat lagi and rasa nak try boleh la pergi link ni https://forest-mt.seekrtech.com/ Guna phone lepastu buka volume kuat2. Tapi yang bestnya test ni, animation dia cute gila! 😍

NEW JOURNEY NEW LIFE

Mashaallah,

Last post was 6 years ago, tak habis belajar lagi. Masih intern di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil 😆. Guess what??? Dalam masa 6 tahun ni macam- macam benda boleh berlaku. Jom tengok what have I been doing for the past 6 years haha.

2013 : Last post on Blog
haha apebendaaaajet ajet cute
                                zaman hanya kau sorang dihatiku          background punn alahai


2014 : Graduated in Nutrition from UKM
Image may contain: 1 person, standing, hat and flower

2014 : Got my first job in a pharmacy
No photo description available.
2014 : Got engaged with a man that I met during my practicals
2015 : Got married on 8th of August
Image may contain: 8 people, including Ejad Ayob and Ruhanita Maelah, people smiling
Nah summarize terus haha

2016 : Deliver my first baby, Nurul Azalea
Image may contain: 1 person, standing and child
She's 3 guys!
2017 : Got a new job in UKM Kesihatan Sdn Bhd
2018 : Still here. Still a mother of 1
2019 : Still here but upgraded a little 😉 and expecting!! hehe
Image may contain: 3 people, including Ejad Ayob, outdoor and closeup
Susah senang bersama


Mashaallah, time flies so fast. Time changes. People change. So I'm expecting my contents in this blog will be different. Ceh expect sendiri. Dah matured kan.... haha

So till then. Will keep postings even if it's for my own reading lulz.

Lots of love,

Ain Azmi

27.6.13

Majlis Sukan Negara

Assalamualaikum. 

Saje nak ngapdet hahaha buruk nau bunyinya. Sementara ada masa ni kan, dalam kereta. Hehehehe

Sekarang tengah intern dekat MSN bukit jalil. Apetu MSN? Tipu ah xtau. Cuba tekaaaaaa. Hahahaha ok dah. 

Harini kira dah nak seminggula aku start kerja. Aku dok kat kafe atlet. Weeweet :D Minggu ni tugas steward makanya ibu ibu bapak bapak, makcik kena cuci pinggan, mop lantai, buang sampah. Haaa power x makcik. Next week servis pulak. Servis ni lap, susun, angkat pinggan mangkuk. Ok la kerja kat sini. Banyak berehat je soooooo kitorang pun menyibuk la nak tolong orang lain hahaha.

Seb baik ade geng xdela segan sgt. Iskk ade lan, abby, syida dengan kak fizra. Ohhhhh hari2 mkn free woi. Best x wa ckp lu. Haaaa jgn jeles aaa. Patu !!!!!! Dekat sangat dengan rumah waaaa, 15 minit je mihmihmihmih. :j tu jela setakat ini. Staff kat sini semua baik2. Sedia menolong. Tanya pun ok jeeee semua. Thank u thank u. 

We especially me really appreciate it. Banyak yang belajar. Ceh padahal baru seminggu. :B




15.6.13

This is the reason

Assalamualaikum. 

Buang tebiat tulis blog dekat Mines. Wa kat mines ni woi baru lepas solat maghrib. Tengah tunggu mak pulak. 

Sebenarnya, haritu aku tulis blog ttbe setelah setahun xtulih. Time final exam pulak tu! Pergh pergh pergh sebab aku baru tau ada apps blog kat fon and aku boleh tulis, tarok gambar di mana jua aku berada. Wahhhhh

Senang. Serius. Kagum. Batak sikit. Tapi tak boleh la nak highlight2, strike2 macam dalam laptop. And aku dah tau nape aku xmenulih lama. Sebabbbbbb aku malas bukak laptop. Sebabbbbb henset aku canggih. Haha lagi unsur belagak di situ. Ye aku xkan mention aku pakai iphone5. Hmmmm

Weh aku dah tukar fon koooot since the last time aku tulis. Eh ok mak dah sudah. Takkan nak type sambil jalan. And disebabkan aku over excited, aku dah screen capture. Nah. 




13.6.13

Fuyo

Assalamualaikum.

Nak cakap sorang sorang. Ya Allah, lamanya xbukak blog sendiri, blog orang lain. Last update aku tengok pasal pegi Port Dickson? Hahahaha itu last year koootttt. Masa mumula masuk PlazaRah ni. Aku dah nak habis 3rd year dah pun ni. :(( eh tetiba emo. Lepas ni dah xduduk sama dengan myra fana abby syida. :(( eh serius emosi ni. Salu rilek je. Myra yg meroyan. Hmm. Kos sara hidup tinggi sangat la duduk sini. Parking kereta sebulan rm150, unifi sebulan rm37, yuran pengajian dengan rumah 1 sem rm1800. Kopak makcik. So kitorang ambil keputusan untuk tinggal di rumah masing- masing. Or tinggal kat ktsn sano. Sungguhla xmenarik. Zzzzzzz

Eh panjang pulak aku ngarang. Esok biostat weh xhabis belajar lagi. Die die die!!!!!! Bye. Semoga Allah permudahkan aku serta rakan2 untuk menjawab peperiksaan. Amin.






Throwback gambar2 PD pulok. Kenangan. Lama xlepak ramai2 hmm. 

Ni fridge kitorang. Bye.

19.10.12

bersihkan sawang


assalamualaikum.

lamanya xupdate blog ni. walaupun aku tau teda siapa yang berkunjung tiba ke blog ini, tapi tangan aku gatal harini nak update. jalan- jalan melawat blog orang lagi la jarang. jarang tu pun jauh sekali!

sekarang ni aku dah tahun tiga sem 1 dalam sains pemakanan kat UKM ni. oh no no no bukan UKM Bangi tapi kampus KL. kau ado? hehehehe. sekarang aku duduk KONDOMINIUM Plaza Rah. haaaa belagak sikit. duduk 1 rumah dengan geng gonjeng aku la si Fana, Abby, Myra, Syida dengan Izan. Nauwal je tertinggal dekat KTSN 1 tu. tula sape suruh femes dengan aktif sangat :p

seronokla duduk 1 rumah ni. masak samasama sidai baju samasama tidur samasama makan samasama gelak samasama semualah samasama. dalam rumah ni semua ade. makcik hygiene, bendahari, pesakit CED, tukang masak. hahaha lengkap la :p ni aku tulis2 ni ade kang makcik nak komen sebab dia tau aku cakap pasal dia. rupanya baca jugak tu blog aku haha. sebabnya, ade satu post aku yang pasal mandi sungai tu, dia xpergi patu adela aku cakap pasal dia. hahahaha patu dia ngomen ler kat aku.

besok, Sabtu kitorang nak pergi Port Dickson. hahaha makcik fana punya plan laaa. seronok dia semua nak pergi kali ni. harap- harap la tak hujan kan. da lama pun kitorang tak pergi keluar hang out ramai- ramai. last haritu kitorang pergi Gopeng ade Program Health For Malaysia. tak sabau aku nak amek gambar2 menarik.

eh ok la, that's it kot for a start. a start la sangat. semoga aku diberi kelancaran idea untuk rajin mengupdate blog yang bersawang ni. byeee


29.8.12

raya lagi kee

assalamualaikum

eh ttbe aku rasa nak update blog. lamanya tak update sebab kebuntuan idea dan masa mungkin? masih dalam bulan syawal so rasanya xlambat lagi nak berkarya pasal raya.

hahaha kali ni aku tak semannngg pun upload gambar raya tapi tadi tengok balik gambar2 teringat pasal hafidz masa 1st day raya and semua org salam2. kitorang raya kat muar. si hafidz niiiiiiiiiiiiiii dia sibuk dengan psp dia. last raya pun macamtu!

orang sibuk salam- salam dia main game tak layan org. ORANG BAGI DUIT RAYA PUN TAKNAK! ade ke patut dia kata. "xnaaaaaaakkk, banyak sangat!!!" hahahaha bertuah punya budak.

lepastu suruh salam mak abah pun taknak. sebab tengah main game. ambooooi biasa dia. nak kena ni. memang kena paksa la hahaha jerit2 dia. apela ishishish

tengok jela gelagat dia haha >:)





SALAM LEBARAN :)


4.7.12

gua kilije

asslamualaikum,

ehehehehe. ni aku kat tempat kerja ni. jadi staff UKM dah sekarang. kau ingat aku belajar je kat sini? hahaha belagak gila. xdela, aku tolong mak aku je. jadi assistant dia. kau tau setakat ni aku kena buatpe? aku kena tulis RUJUKAN kuasa dua untuk artikel dia nak tulis. perrgghh aku kalau assignment part ni la yang aku paling xsuka buat hahaha whywhywhy? sebab satu, aku nak kena cari siapa writer, tahun bila. lepastu rujukan bukannya sikit an kite buat. hahaha. parah parah. ni nanti dah bebesar aku nak kena tulis artikel cane ni? * berangan.

mak aku sekarang Pengerusi Pusat. so bilik lama dia ni kosong la. aku buat kerja kat sini. *cakap macam konon2 korang nampak haha. dia dapat bilik bos. :p pergh perut tengah bunyik2, busy keje xsempat makan hahaha.

senanya aku bukan nak menulis sangat pun, tapi tengah pening ngadap komputer. macamla blogging xpayah ngadap komputer hahaha. senanya aku rindula kat budak2 batch aku. rindu nak keluar dengan mereka. hm ok dah la byebye.

ruang bekerja :D

muka bekerjaya haha

30.6.12

ahahaha

assalamualaikum!

HAHAHAHAHA gelak jap. sebab aku dah tau dah ini pasti berlaku. what?what? cakap je tadi taktau nak post la mende la. -_- hahaha xdeee, senanya aku lupa macamana nak berblogging. aku tengokla ape akku dah coratcoret kat siniiii. patu dapat la idea. amboi panjangnya explanation makcik. ehem

saje nak cerita barubaru ni aku bersama geng gonjeng aku tapi xlengkap. telah pergi ke Sg. Tekala. kenapa xlengkap? sebab kebanyakan ahli kitorang ni homesick!! haha. aku excited sebab aku dah lama xmandi sungai. patu aku xpernah keluar dengan budak2 ni reramai buat aktiviti camni. setakat pergi Times Square, Pavi, Econsave, UO tu biasala kan. *ada unsur belagak sikit HAHAHA

tapi, satu je problem. xpernah lengkap sebab masing2 ngengada. tah aku pun xtau apesal aku nak cakap dorg ngengada. dah berapa kali plan nak keluar jalan2, lepastu xjadi sebab ada segelintir yang xnak pergi kalau ni tak pergi, kalau semua xpergi. yang bengangnya aku lerrr. sebab kalau pape hal asik2 aku yang palan, aku yg ni aku yg tu. patu xjadi. grr. jadi kali ini ayat yang aku gunakan. "AKU NAK PERGI SINI SANA. SAPE NAK IKUT, SILA. SAPE TAKNAK SUDAH!" hihihi ade kejam sikit kat situ. padan muka ngade sangat kaaan. ok panjangnya bebel. bye















haaaa boleh tengok muka excited aku :D

O.M.E

assalamualaikum.

ome! hahaha tekejutnya sebab dah lama tak mengarang kat sini. tapi xde sape pun yang menanti kitaaaaa. :( hahaha bajet sedih langsung tak pun senanya.

aku start stop mengarang semenjak sem 2 tahun 2 kat ukm ni lah. eh ke sem 1 dah stop. tahla. seriously i've been busy dengan assignments, masaks, exams. fffuuhhh. berat berat. ni baru habis final. yeehaa duduk rumah !!!! walaupun gua memang balik rumah every week tapi perasaan balik rumah tu hari hari ada lagi2 time xsaba nak habis final agagaga.

eh xtau nak cerita apa. nak cerita pasal masak2 masa sem 2 macam dah lambat sangat. saje nak belagak macam seronok masak2. hahaha. eh dala, serious xde ape nak tulis. kbye aku nak kahwin haha.


27.2.12

ulala

assalamualaikum.

yahu dah ade shoutbox baru. kenapa tak guna yang lama. sebab yang lama dah jadi tak guna. haha. sebab yang lama tu dia nak kenakan bayaran. so aku pun bebajet ohh takde dala shoutbox nanti. hmm ceh pasrah.

padahal ade je website lain yang buat shoutbox free. aku je yang noob haha. aku curik dekat sikurapurapura tu. eh terpromote blog beliau. lepastu yang menariknyaa shoutbox ni melayu. nama pun nak ala ala comel gitu. Shout Busuk. serious comel.

so lepasni jerit taw dekat sini. sambil joget- joget. jangan cium- cium macam dekat blog kura- kura tu. haha apesal aku cam excited nak kutuk kau ni wahai kurkur. eh kau tau tak aku ade kura- kura comel ? nama dia kurarana :p okbai

klik la yang katun comel macam aku tu :)


mood jiwang datang.

assalamualaikum people. :D

tetiba datang mood gedik aku nak cakap pasal jiwang. maknanya mood gedik ke mood jiwang yang datang? aaaaaaaaaaha xtahu. apa kau dah buat padaku. kini ku termimpi. mimpi ku menagih kasih. *lagu Adam haha. 

kenapa aku kata mood jiwang? sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb. aku nak cakap perihal CINTA. yaaa cinta. cinta ya, tuantuan dan puanpuan. cinta tu mestilah dari hati yang terbuka. *gaya Fadilah Kamsah haha. ok aku rasa sekarang dah terlebih ke mood gedik yang sebenarnya memang selalu datang pun. back to the topic pleaseeeee. aku bukanlah siapa2. bukan Dr. Love. mahupun Dr. Cinta. apatah lagi kaunselor rumah tangga :O haha. aku hanya insan biasa yang mahu meluahkan pendapat dan berkongsi sedikit pengalaman mungkin? *ecewah gaya macam berpengalaman sungguh.

nah. aku tau semua suka tengok ni.


apa itu c.i.n.t.a ?
  1. cinta, bila dia buat kita xboleh tidur. atau buat kita tidur lena. *ayat Yusry KRU haha
  2. cinta, kekadang boleh buat kita tak terkata. *ayat Lisa haha
  3. cinta, bila berlaku perselisihan faham..kita takut akan kehilangannya.
  4. cinta, bila masalah dah selesai. perasaan sayang semakin bertambah.
  5. cinta, bila kita mahu merendahkan ego kita.
  6. cinta, bila kita terima dia seadanya. baik dan buruknya.
  7. cinta, bila kita tak pernah untuk tidak memikirkan dia.
  8. cinta, bila marah merajuk macamana pun dekat dia, kita carik jugak balik. *perempuan :p
  9. cinta, bila kita cari dia masa sedih, gembira, marah mahupun mimpi ngeri. :D
  10. cinta, bila kita berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik untuknya dengan IKHLAS.
  11. cinta, bila kita cemburu kalau dia cerita pasal perempuan lain. WALAUPUN ARTIS! haha
daaaaaaaaaaannnnnnnnn

CINTA ITU, BILA KITA SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA DIALAH JODOH KITA. aminnnnnnnn.

sumber: google :)
cinta- cinta jugak. cinta tu mesti kerana Allah. i bet semua orang familiar dengan ayat tu kan? and banyak je lagi tapi nantila kite buat post lain ok. xpun, pergila baca kat mana2. tengok kat youtube ke. belambak sekarang. senang je nak menuntut ilmu. lagipun aku pun bukanlah arif. aku juga masih belajar dan mahukan perubahan yang lebih baik. tapi kalau kite dah sayang sangat dekat seseorang tuuu, jagalah batas sebelum masuk alam pernikahan yang memang seriously best. *bajet tau haha :p ok la, selamat bershintaaa :)

17.2.12

Dating lagi

assalamualaikum.

agak agak tengok tajuk tau x dengan sape aku dating? Yeeeee dengan dia la. hehehe. sementara dah nak start balik kelas ni, nak la jumpa kan. sebab kitorang nama je satu UKM tapi dia kat kutub utara aku kat kutub selatan. sila la percaya







THE END :)