Pages

6.6.20

BERSALIN DALAM TEMPOH PKP (COVID19)

Assalamualaikum semuanya...

Dah lama simpan dalam kepala nak tulis dalam blog. Tapi harini baru dapat kekuatan 🤣 . Alhamdulillah, mommy dah selamat bersalin baby boy pada 26 Mei 2020 at 37w5d. 

A day before the baby popped out sempat posing raya 👻
Oh ya, mommy macam biasa pilih Hospital Putrajaya untuk 2nd baby ni. Hospital favourite 😛

Ok la straight to the point untuk siapa yang tak tahu macamana pengalaman bersalin semasa musim Covid-19 ni.

1. SUAMI TAK BOLEH TEMAN

Mommy memang dah mentally prepared sebab nak buat macamana kan. Masa dah sakit tu, terus pergi Dewan Bersalin (tapi tempoh PKP ni kena pergi wad O&N) kena buat saringan dulu dekat kabin yang disediakan. HUSBAND BOLEH DROP JE. Lepastu semua sendiri sorang- sorang sampai masuk labour room 😥

2. SEORANG DIRI DALAM LABOUR ROOM

Dah nama suami tak boleh teman, so masa sakit tu sorang- sorang lah mommy. Aduh nak ternangis pulak bila mengenangkan peristiwa ni sebab takde kolar baju suami nak tarik, takde tangan nak pegang, takde telinga nak dengar mommy kejap marah kejap sedih hahahahaha (pengalaman masa anak first). Sorang- sorang ya, sampai dah nak terbersalin nanti nurse dengan Dr je ada. NANGIS 😞

3. AZANKAN BABY

Lepas baby keluar, dah bersih semua dengar nurse panggil daddy untuk azankan baby. TAPI TAK BOLEH PEGANG. Azan je kat telinga. Sian daddy, mesti dia rasa nak pegang baby masa tu. Ada jugak dengar cerita orang lain Dr yang azankan la, ayah azankan melalui telefon je la. Bergantung la kot dengan siapa yang assist atau hospital mana atau bilangan pesakit dalam labour room ke kan?

4. MASUK WAD

Last mommy dapat jumpa daddy, lepas bersalin sebab nurse suruh ambil barang- barang mommy dari labour room and get ready bawa barang semua naik wad. Itu pun suruh cepat- cepat. Tak sempat peluk ngadu-ngadu sakit lepas bersalin LOLZ 😆 lepastu ingatkan daddy dapat naik hantar barang masuk wad sekali guard je naik hantar. NANGIS LAGIIIIII 😞

5. WAKTU MELAWAT

TIADA MELAWAT-MELAWAT YA. Apa- apa barang nak hantar semua hantar kat guard je. 😭😭 NANGIS LAGI. Hahahaha sebab rindu lepastu sedih lagi anak masuk NICU pulak. Tak tau sebab apa lagi pulak tu masa tu. Sedih sangattt sebab tak ada orang nak comfort kita masa tu. Tak ada siapa nak datang kat kita, bagitahu kenapa dengan anak kita. Semua kena buat sendiri. Pergi NICU sendiri, cari anak sendiri, tunggu nak jumpa doktor pulak yang entah ada ke tak masa tu.

6. DISCHARGE

Bila dapat tahu boleh discharge, husband akan settle kan semua bil dan dapat pass untuk ambil isteri dekat wad 😍 lega. So kesimpulannya, last yang mommies akan jumpa husband masing- masing before bersalin adalah di pintu dewan bersalin 😂

7. EXTRA (NICU BABY)

Ok ni saje la tambah, baby dalam NICU tak boleh discharge hari yang sama dengan mommy 😞 daddy sekali je boleh tengok baby dalam NICU itu pun untuk azankan sekiranya belum azan (tempoh PKP ni je, kalau tak both parents boleh tengok babies dalam NICU) Tapi mujur specialist ajak both mommy and daddy sama- sama tengok baby lepas sesi kaunseling. Dapatla last daddy tengok baby. Then seminggu baby dalam NICU seminggu tu la mommy ulang- alik hantar susu, bagi susu tapi sorang- sorang je la boleh naik. Kuat betul golongan ibu- ibu ni kan?

8. ANOTHER EXTRA (CHECKUP KK)

Ok last. Baby kena check kuning dekat KK. Lepastu ibu je boleh masuk ye. Waduh waduh. Dengan nak pegang baby lagi, buku lagi, beg lagi. Dah lepas register hantar ke bilik ambil darah lepastu hantar pulak ke lab, lepastu patah balik lagi check berat baby pulak etc etc. Esoknya datang lagi repeat repeat repeat sampai result puas hati 😓

......

Itu jela kot pengalaman mommy. Lain hospital, lain tempat mungkin lain pengalamannya. Hospital swasta setahu mommy, husband boleh je teman. Ada jugak hospital swasta yang ibu dan ayah wajib buat covid test at 37w lepastu kalau tak bersalin jugak dalam tempoh 2 minggu, buat lagi sekali. Kalau mampu, and tak mampu nak duduk dalam labour room tanpa suami boleh la pilih swasta 😍

Apa yang mommy dapat simpulkan, DON’T TAKE FOR GRANTED dengan pasangan kita. Sebab kita tak tahu mungkin itu kali terakhir kita jumpa pasangan kita. Tak kisah la covid ke tak covid ke. Mommy dapatla daddy pegang tangan dalam kereta masa sakit on the way hospital. Nasib baik paham 😝 sebab mommy dah tak heran dah sekeliling cakap banyak tanya banyak pun mommy tak layan dah time tu hahahahaha. Even hari- hari biasa pun kan, moga kita sentiasa tunjukkan kasih sayang sesama kita sebab kita pun tak tahu bila kali terakhir yang kita akan masih hidup bersama orang- orang yang tersayang. *kesat air mata

Apa- apa pun, bersyukur sangat dah selamat bersalin dan terima kasih atas bantuan frontliners yang menjadi sebutan ramai sekarang ni. ❤❤ mana yang boleh diperbaiki, sama- sama kita perbaiki.

Ok korang, sekian sahaja untuk harini, semoga bermanfaat. Good boy mommy masih ketiduran sambil kakaknya menyelit di ketiak kiri mommy. 😂