Pages

29.10.11

hmm

peace be upon you sayangs,

28.10.11

Selamat Bermidsem

assalamualaikum

good luck everybodeyh ! 

24.10.11

waaaaaaaaa !! ;'(

LIPAS TADI TETIBA TERBANG ATAS LAPTOP ! 
:(((((((((((((((((((((((

bola oh bola

assalamualaikum,

sementara aku ada masa ni. aku nak la cerita pasal bola kan. aku memang bukan seorang yang tengok bola. WHY ?

  1. BOSAN ! kejar kejar bola tu lepastu dah dapat, orang lain amek.
  2. HAMPEH. dah nak gol dah ni. lepastu salah apa aku pun tak tau, tak gol
  3. AKU TAK FAHAM. hahaha camana boleh dapat free kick, lepastu side kick ke apa tah aku pun tak tau term yang digunakan haha
  4. TAK TAU NAK SOKONG TEAM APA. tak best la tak tengok bola lepastu tetiba pilih team yang power. lepastu team kalah, tukar team lain haha baik tak payah
  5. NOOB. berapa lama main pun aku tak tau. half time bila ? berapa lama? hahaha
  6. TAK EXCITED. tak ingat pun player team tu. yang hensem pun ingat time tu jela. takdenya lepastu aku excitednak tengok dia main lagi ke apa haha
ala kesimpulannya, kalau tak minat...tak minat jugakla. TAPI tak semestinya. kalau orang ajak aku pergi tengok bola dekat stadium, pakai baju team yang lawan lepastu bercantik cantik sikit, tu aku suka. baru la semangat. ni kalau duduk rumah, dengar orang bersorak dalam tv je. memang aku nak tertidur. takkan aku nak belajar pasal bola, tanya orang yang tengah tengok tu ha ? mau dia sepak aku guling guling macam bola hahaha. :p

aku tau, lelaki sekarang suka dekat perempuan yang suka tengok bola. baru la geng. hmmm :( ceh tetiba sedih haha. tapi aku sekarang takdela minat bola, cuma excited je sebab adela sebabnya. HAHA tengok tu takdela, tengok keputusan je hahaha. takpun, tanya orang. takpun, ade orang nak btau. hehehe.

ok tu je nak cerita. :D

WHY ALWAYS ME ? :p

23.10.11

L.I.P.A.S

asssalamualaikum

L to the I to the P to the A to the S ! gooooooooooooo away LIPAS ! hahahaha. aku ni nampak je tough tapi aku serious takut lipas. bukan geli ! memang takut. nak nak yang terbang tu ha. apebendaaaaa la kau nak terbang2 . jalan jela diam diam ! geram aku

pernah sekali dekat living room. bukan sekali, banyak kali ! tengah seronok online, tengok tv tetiba nampak kelibat kecil tak comel lote langsung jalan lelaju. lepastu biar jela sebab tak kacau. sekali lalu bawah kaki pulak ! melompat aku pergi belakang mak. lepastu beliau pergi terbang terbang seperti mencari aku kat belakang mak. kuaja ! dah tu, mak bangun la cari shieldtox. dah takde tempat perlindungan :( lepastu cecepat lompat katak pergi belakang abah. yang abah, "ni apesal ni? alaaaa lipas pun nak takut" bukan nak tolong -___- dah tu, lipas tu terbang pulak pergi dekat lagi dengan aku. dah tak tau nak lari mana ! seb baik mak datang sembur sembur. dah mabuk pun terbang lagi dekat aku. haaa menjerit satu rumah haha . mati pun last last

baru tadi, tengah online sambil tengok Man City menggulingkan MU. hihik sory awak :p tetiba abah cakap ain lipas kat belakang. terus lari panjat kerusi. yang abah sekali lagi dengan dialog sama -___- buat dek je tak carikan shieldtox pun taaaaaw. lipas dah masuk dapur, tengah tengok tv, apiz coloring tetiba lipas merangkak rangkak dekat dia. melompat pergi kat aku. terus taknak turun kerusi. suruh naik atas tidur dengan mak taknak pulak sebab aku tido bawah. alololo manja ni dengan aku hihi lepastu aku pun bajet la hero nak cari shieldtox dekat dapur sebab apiz jerit2 suruh aku sembur . sekali lipas tu terbang pulak dekat aku. hadooooi !  berlari bajet comel aku . dah dapat shieldtox tak jumpa dah lipas. yang apiz sibuk tanya. lepastu tido atas riba aku kat atas kerusi hahahah. sian.

ok dah tu je. tapape pasal lipas pun nak cerita. :8)

dalam cerita Oggy and the Cockroaches pun dorg ni annoying kan ? RASA NAK SEPAK ! :p

22.10.11

wallpaper

assalamualaikum people :)

saje je aku nak cakap pasal wallpaper laptop ke, henset ke, pc ke. sebab aku rasa benda ni memainkan peranan yang penting dalam hidup aku. PENTING tahu ?

why ye korang tanya. *ceh bajet ada orang tanya. haha.sebab, bila kita bukak je, tengok gambar yang korang rasa best tu, tak ke...

  • rasa happy tetiba walaupun mumula macam orang bermasalah
  • tetiba senyum sorang2 sebab tunggu laptop korang loading gila
  • terubat rindu dekat orang2 dalam gambar tu ha
  • teringat peristiwa yang berlaku masa korang ambil gambar tu
  • kot tetiba korang nak perasan cantik/ hensem sekejap
  • takpun, bajet kalau orang lain guna laptop kau lepastu puji gambar kau haha

haaa seronok kan? yang korang pergi letak gambar tak best buatpe? tu bila mengamuk korang rasa nak baling phone, nak campak laptop keluar tingkap, nak bako pc. dah cepat tukar gambar.

aku nak show off wallpapers aku :8) pergh belagak. tak baik la !ok, saje nak share 

ni paling feveret

tetiba rasa cantik haha
comel lah hafidz !
menarik
raya raya :D
comel lettew
mestila comel
tak boleh tahan gelak
ni yang sekarang :) meow
ok bye :)

21.10.11

bila jauh sangat

assalamualaikum

p/s: kalau dekat pun macamni awak :)

the end

assalamualaikum.

aku bukan nak cerita hal peribadi dekat sini tapi entah aku pun tak tau nak describe apa yang aku nak karangkan ni.

dulu aku kecoh kecoh pasal lelaki itu kan ? aku tak sepatutnya buat macamtu. memang tu bukan perangai aku pun sebenarnya. bercintan cintun dekat fesbuk, tayang sana sini, buat in a relationship la bagai. serious aku tak suka macamtu. tapi maklumla, dah seronok sangat agaknya, lepastu bangga bila orang kata aww sweetnya sweetnya macam gugula.  aku pun lupa prinsip aku.

motif aku tak suka kecoh kecoh sebab, benda belum confirm. lepastu tak ke kau rasa malu dekat family? i mean makcik pakcik kau sekarang pun dah ada fesbuk nyah. haaaa. bila balik kampung. amboi, engage tak bagitau. memang kite tau ala tu saje saje je. tapi bila kite dah takde pape dengan orang tu. pergggghhhh orang mengata beb. kite tak boleh kawal mulut orang ni. sebab aku pun macamtu. "eleh, dulu bukan main lagi syg sana syg sini. aku dah agak dah mesti tak lama punya. tula tayang2 lagi " hahaha dialog biasa . kan ?

and, aku rasa parents kite pun tak gemar betul tak ? diorang yang dah kahwin pun takde nak meow meow dekat fb tu ha. tak salah nak post dekat fb tu. yela, kite nak la orang tau yang dia tu kite punya buat masa ni tapi aku rasa cukupla sekadar hai. ehem. :) . awak. macamtu je . just muncul2 dekat page dia. lepastu post la lagu ke, artikel ke. macamtu je pun dah comel. takpun biar orang lain tertanya2 eh dia ni dengan dia ni ke. haaa lepastu tup tup masing2 dapat invitation card. ececeh haha SURPRISEEEE. :p

lagi satu, kalau kata kan lah hubungan tu tak menjadi, aku rasa tak payahla kau kecoh dekat fb tu. satu, kau boleh mengaibkan orang lain. dua, kau pun sendiri nanti orang mengata. tiga, macam meraih simpati pun ada. empat, boleh jadi isu bermusuhan nanti, remove meremove. lima, kau tak malu ke ? enam, kau buat orang lain berdosa kalau dorang mengata pihak sebelah. ayoookk takut tak takut tak ?

aku tak tujukan pada sesiapa. aku tujukan pada aku. :) semoga korang semua bahagia. aku bahagia hehe


p/s: dalam sesuatu perhubungan wajib ada kejujuran. kalau korang rasa korang tak jujur, terus terang jela. tak baik menipu dan menyakiti hati orang lain. aku dah cukup jujur dah ni. sorry.

18.10.11

weh weh

assalamualaikum.

tetiba je aku rasa nak update blog ni sebab aku tengah serabut ! tak perlu la aku ceritakan sebab kang tersalah cakap aku boleh memburukkan orang lain, or menyinggung perasaan orang lain walaupun sebenarnya tak berniat la kan. kang kot kot aku terburukkan nama sendiri pulop. lagi payah ! semua lari lajulaju xnak tengok blog ain lagi

2 minggu lagi aku nak midsem. good luck ain. and aku rasa sekarang semua U dah selaras kan, cuti mid term masa raya haji nanti seminggu. eh korang xtau ? SEBAB TULA KAU CUTI 4 BULAN HARITU ! ahaha. :p

eh dah la. tetiba tak tau nak tulis apa. aku nak bagi nasihat cintan cintun tapi aku padam balik sebab aku tak tau apa nak tulis. dengan aku pun fail bab ni. wakaka. nasihat aku, korang buatla pilihan yang terbaik. ceh tetiba -__-

ok la, semua orang. good luck dengan quizzes, tests. life and everything la yang korang rasa memerlukan luck. amekla luck aku bagi tu . :D

hai awak. ye, awak. :)

14.10.11

hai lagi

assalamualaikum,

entry ni saje nak promotr gambar kawan . dia masuk competition. kite rasa senang je. click gambar tu, tekan like. macam tak payah like page tu dulu sebab kite buat tanpa like page tu pun. cubalah try. kalau kena like page tu dulu pun apa la salahnyaaaaaa. tolong tolong member. :)

nah . like taw sayengggsss :D

like laaa like laaa
ok awwab , done my job :)

2.10.11

feeerrrggghhh

assalamualaikum, 

lama la siod tak publish any post ! aku macam bajet bajet risau nanti dah takde orang nak jenguk blog aku. nanti follower pun berkurang. HAHA bajet femesnyeeeee. :p 

walaupun takde siapa yang nak tahu, aku nak bagitau jugak ! aku tak mempublish sebab aku sibuk dekat kolej. sibuk study ! fuyo menipu gila. haha macam biasa, sibuk dengan aktiviti dan juga kelas. first week je orang dah suruh tuuuuttt. malas cakap. hehehe

and lagi satu, keyboard rosak :( nak menangis guling guling sebab sayang sangat dekat laptop ni hmm. kalau guna external keyboard dah tak cantik la kan? ade keyboard lain pulak. buruk gilaaaaaa. lepastu susah pulak nak angkut kau sana sini . buat berat beg aku ! nak beli yang boleh gulung2 tu, yang kaler pink. tapi tekan tak best.

aku nak buat kerja pun payah. aku guna virtual keyboard. yang kena tekan guna mouse dekat skrin tu. AMBOI ? bukan main payah lagi? hahahaha nak tekan huruf a, b, n dengan shift. ewah ewah. hm nak taknak kenala jugak beli keyboard. aku kat rumah ni, keyboard takde lagi, tapi kena buat report. so ini jalan penyelesaian aku.

hafidz punya keyboard. hehe
ok dah bye.