Pages

27.6.13

Majlis Sukan Negara

Assalamualaikum. 

Saje nak ngapdet hahaha buruk nau bunyinya. Sementara ada masa ni kan, dalam kereta. Hehehehe

Sekarang tengah intern dekat MSN bukit jalil. Apetu MSN? Tipu ah xtau. Cuba tekaaaaaa. Hahahaha ok dah. 

Harini kira dah nak seminggula aku start kerja. Aku dok kat kafe atlet. Weeweet :D Minggu ni tugas steward makanya ibu ibu bapak bapak, makcik kena cuci pinggan, mop lantai, buang sampah. Haaa power x makcik. Next week servis pulak. Servis ni lap, susun, angkat pinggan mangkuk. Ok la kerja kat sini. Banyak berehat je soooooo kitorang pun menyibuk la nak tolong orang lain hahaha.

Seb baik ade geng xdela segan sgt. Iskk ade lan, abby, syida dengan kak fizra. Ohhhhh hari2 mkn free woi. Best x wa ckp lu. Haaaa jgn jeles aaa. Patu !!!!!! Dekat sangat dengan rumah waaaa, 15 minit je mihmihmihmih. :j tu jela setakat ini. Staff kat sini semua baik2. Sedia menolong. Tanya pun ok jeeee semua. Thank u thank u. 

We especially me really appreciate it. Banyak yang belajar. Ceh padahal baru seminggu. :B




15.6.13

This is the reason

Assalamualaikum. 

Buang tebiat tulis blog dekat Mines. Wa kat mines ni woi baru lepas solat maghrib. Tengah tunggu mak pulak. 

Sebenarnya, haritu aku tulis blog ttbe setelah setahun xtulih. Time final exam pulak tu! Pergh pergh pergh sebab aku baru tau ada apps blog kat fon and aku boleh tulis, tarok gambar di mana jua aku berada. Wahhhhh

Senang. Serius. Kagum. Batak sikit. Tapi tak boleh la nak highlight2, strike2 macam dalam laptop. And aku dah tau nape aku xmenulih lama. Sebabbbbbb aku malas bukak laptop. Sebabbbbb henset aku canggih. Haha lagi unsur belagak di situ. Ye aku xkan mention aku pakai iphone5. Hmmmm

Weh aku dah tukar fon koooot since the last time aku tulis. Eh ok mak dah sudah. Takkan nak type sambil jalan. And disebabkan aku over excited, aku dah screen capture. Nah. 




13.6.13

Fuyo

Assalamualaikum.

Nak cakap sorang sorang. Ya Allah, lamanya xbukak blog sendiri, blog orang lain. Last update aku tengok pasal pegi Port Dickson? Hahahaha itu last year koootttt. Masa mumula masuk PlazaRah ni. Aku dah nak habis 3rd year dah pun ni. :(( eh tetiba emo. Lepas ni dah xduduk sama dengan myra fana abby syida. :(( eh serius emosi ni. Salu rilek je. Myra yg meroyan. Hmm. Kos sara hidup tinggi sangat la duduk sini. Parking kereta sebulan rm150, unifi sebulan rm37, yuran pengajian dengan rumah 1 sem rm1800. Kopak makcik. So kitorang ambil keputusan untuk tinggal di rumah masing- masing. Or tinggal kat ktsn sano. Sungguhla xmenarik. Zzzzzzz

Eh panjang pulak aku ngarang. Esok biostat weh xhabis belajar lagi. Die die die!!!!!! Bye. Semoga Allah permudahkan aku serta rakan2 untuk menjawab peperiksaan. Amin.






Throwback gambar2 PD pulok. Kenangan. Lama xlepak ramai2 hmm. 

Ni fridge kitorang. Bye.

19.10.12

bersihkan sawang


assalamualaikum.

lamanya xupdate blog ni. walaupun aku tau teda siapa yang berkunjung tiba ke blog ini, tapi tangan aku gatal harini nak update. jalan- jalan melawat blog orang lagi la jarang. jarang tu pun jauh sekali!

sekarang ni aku dah tahun tiga sem 1 dalam sains pemakanan kat UKM ni. oh no no no bukan UKM Bangi tapi kampus KL. kau ado? hehehehe. sekarang aku duduk KONDOMINIUM Plaza Rah. haaaa belagak sikit. duduk 1 rumah dengan geng gonjeng aku la si Fana, Abby, Myra, Syida dengan Izan. Nauwal je tertinggal dekat KTSN 1 tu. tula sape suruh femes dengan aktif sangat :p

seronokla duduk 1 rumah ni. masak samasama sidai baju samasama tidur samasama makan samasama gelak samasama semualah samasama. dalam rumah ni semua ade. makcik hygiene, bendahari, pesakit CED, tukang masak. hahaha lengkap la :p ni aku tulis2 ni ade kang makcik nak komen sebab dia tau aku cakap pasal dia. rupanya baca jugak tu blog aku haha. sebabnya, ade satu post aku yang pasal mandi sungai tu, dia xpergi patu adela aku cakap pasal dia. hahahaha patu dia ngomen ler kat aku.

besok, Sabtu kitorang nak pergi Port Dickson. hahaha makcik fana punya plan laaa. seronok dia semua nak pergi kali ni. harap- harap la tak hujan kan. da lama pun kitorang tak pergi keluar hang out ramai- ramai. last haritu kitorang pergi Gopeng ade Program Health For Malaysia. tak sabau aku nak amek gambar2 menarik.

eh ok la, that's it kot for a start. a start la sangat. semoga aku diberi kelancaran idea untuk rajin mengupdate blog yang bersawang ni. byeee


29.8.12

raya lagi kee

assalamualaikum

eh ttbe aku rasa nak update blog. lamanya tak update sebab kebuntuan idea dan masa mungkin? masih dalam bulan syawal so rasanya xlambat lagi nak berkarya pasal raya.

hahaha kali ni aku tak semannngg pun upload gambar raya tapi tadi tengok balik gambar2 teringat pasal hafidz masa 1st day raya and semua org salam2. kitorang raya kat muar. si hafidz niiiiiiiiiiiiiii dia sibuk dengan psp dia. last raya pun macamtu!

orang sibuk salam- salam dia main game tak layan org. ORANG BAGI DUIT RAYA PUN TAKNAK! ade ke patut dia kata. "xnaaaaaaakkk, banyak sangat!!!" hahahaha bertuah punya budak.

lepastu suruh salam mak abah pun taknak. sebab tengah main game. ambooooi biasa dia. nak kena ni. memang kena paksa la hahaha jerit2 dia. apela ishishish

tengok jela gelagat dia haha >:)





SALAM LEBARAN :)


4.7.12

gua kilije

asslamualaikum,

ehehehehe. ni aku kat tempat kerja ni. jadi staff UKM dah sekarang. kau ingat aku belajar je kat sini? hahaha belagak gila. xdela, aku tolong mak aku je. jadi assistant dia. kau tau setakat ni aku kena buatpe? aku kena tulis RUJUKAN kuasa dua untuk artikel dia nak tulis. perrgghh aku kalau assignment part ni la yang aku paling xsuka buat hahaha whywhywhy? sebab satu, aku nak kena cari siapa writer, tahun bila. lepastu rujukan bukannya sikit an kite buat. hahaha. parah parah. ni nanti dah bebesar aku nak kena tulis artikel cane ni? * berangan.

mak aku sekarang Pengerusi Pusat. so bilik lama dia ni kosong la. aku buat kerja kat sini. *cakap macam konon2 korang nampak haha. dia dapat bilik bos. :p pergh perut tengah bunyik2, busy keje xsempat makan hahaha.

senanya aku bukan nak menulis sangat pun, tapi tengah pening ngadap komputer. macamla blogging xpayah ngadap komputer hahaha. senanya aku rindula kat budak2 batch aku. rindu nak keluar dengan mereka. hm ok dah la byebye.

ruang bekerja :D

muka bekerjaya haha

30.6.12

ahahaha

assalamualaikum!

HAHAHAHAHA gelak jap. sebab aku dah tau dah ini pasti berlaku. what?what? cakap je tadi taktau nak post la mende la. -_- hahaha xdeee, senanya aku lupa macamana nak berblogging. aku tengokla ape akku dah coratcoret kat siniiii. patu dapat la idea. amboi panjangnya explanation makcik. ehem

saje nak cerita barubaru ni aku bersama geng gonjeng aku tapi xlengkap. telah pergi ke Sg. Tekala. kenapa xlengkap? sebab kebanyakan ahli kitorang ni homesick!! haha. aku excited sebab aku dah lama xmandi sungai. patu aku xpernah keluar dengan budak2 ni reramai buat aktiviti camni. setakat pergi Times Square, Pavi, Econsave, UO tu biasala kan. *ada unsur belagak sikit HAHAHA

tapi, satu je problem. xpernah lengkap sebab masing2 ngengada. tah aku pun xtau apesal aku nak cakap dorg ngengada. dah berapa kali plan nak keluar jalan2, lepastu xjadi sebab ada segelintir yang xnak pergi kalau ni tak pergi, kalau semua xpergi. yang bengangnya aku lerrr. sebab kalau pape hal asik2 aku yang palan, aku yg ni aku yg tu. patu xjadi. grr. jadi kali ini ayat yang aku gunakan. "AKU NAK PERGI SINI SANA. SAPE NAK IKUT, SILA. SAPE TAKNAK SUDAH!" hihihi ade kejam sikit kat situ. padan muka ngade sangat kaaan. ok panjangnya bebel. bye















haaaa boleh tengok muka excited aku :D