Pages

28.8.11

SALAM LEBARAN

assalamualaikum,
tinggal beberapa hari nak raya,
nak curi sedikit masa,
untuk sepatah dua kata.

kepada yang dikenali,
yang tidak dikenali,
dan juga yang baru dikenali,
atau yang bakal dikenali,
AMPUN MAAF dipinta,
andai ada terkasar bahasa,
terketerlaluan tingkah lakunya,
tergedik tak semenamena,
tersakit kan hati dengan tak sengaja.

semoga raya kali ini lebih bermakna,
janganlah diulangi kesilapan yang sama,
diharapkan perhubungan yang tercipta,
kekal selamanya.

ewah, bukan main lagi . haha tak biasa aku karang mengarang camni. ok la, nak berkemas pulang ke kampung halaman. and for sure lah aku takde masa nak online di samping internet yang bakal merangkak- rangkak. selamat hari raya kawan. and, salam merdeka :p

cacat. takde motif pung bye

hai

assalamualaikum,
saya janda anak 6. amacam ? :)
JANGAN KACAU.

balik kampung

assalamualaikum..

harini dah hari ahad. selasa kang raya la insyaAllah. :) amacam persiapan raya? aku punya baju raya lama dah siap hihihi. rumah ni pun dah kekemas dah. pasang langsir baru. hopefully jadi buat open house sebab aku seronok gila kawan- kawan aku datang rumah lagi - lagi batch aku dekat Integrasi Gombak.

yang tinggal puasa tu, jangan buat buat lupa tak ganti pulak nanti. cubit kang. hihi. yang mengada ngada tinggal puasa dah besar panjang pun, bawak bawak lah bertaubat weh. meluat aku tengok kau makan terang- terangan. hisap rokok slumber badak kau. -__-" marah ni, marah. haaaaa nasib baik puasa.

malam ni, aku balik kampung dah dekat Muar. siapa orang Muar meh raya rumah mokcik meh ! hehehe. aku drive walaweh fewit kebabooommm ! hahaha adela jugak rasa cuak. tapi nak jugak merasa drive jauh2 sikek. ehek. eeeeeh aku drive kereta lain, abah kereta lain tahuuu ? hihi.

so aku doakan raya korang kali ini bahagia seadanya seperti raya- raya sebelumnya. doakan aku dan keluarga selamat pulang ke kampung halaman . aaaaaaaamiiiiiiiiin.
family ultraman 2010 :)
SELAMAT HARI RAYA AND MERDEKA PEOPLE ! 

oghe tengoh.

assalamualaikum.

topik harini ialah, orang tengah. buke ye hok duk tengoh tengoh tu. hahaha buruk gila nak cakap bahasa apetah ni? Kelantan yeh ? yeke? hihihi.

okay okay, ala mesti korang tau aku maksudkan ape kan ? haaaaa yela yang orang tengah tuuuuu. yang tukang mintak nombor phone. yang tukang hantarkan mesej cakap sorry. yang tukang sampaikan salam. yang tukang pujuk.

aku tak pakai orang- orang tengah ni sebab diorang hanyalah dalam kelas pertengahan. tak setaraf dengan i, you . eeeww. hehehe takdela, takkan la ain macamtu kot. isssshh. propa je tu semua. aku tak guna perkhidmatan orang tengah ni sebab:

  • nanti menyusahkan orang
  • nanti dia pulak yang mengorat
  • nanti tak privacy laaaa. dia tahu kau gaduh ke apa2 ke
  • nanti dia lagi rapat dengan orang yang disampaikan
  • nanti dia takde masa untuk yang tersayang
  • nanti dia kena pilih nak kawan/ bekap siapa kalau hubungan tu tak jadi
  • nanti dia pening kalau dudua perangai cam tahi
dah lah. banyak sangat nanti. bila nak sampai kalau asyik nanti je. hmm. aku pulak memang tak suka jadi orang tengah. memang tak pernah pun kot. sebab cuba kau bayangkan kalau:
  • suruh sampaikan salam
sekali takpela jugak. tapi kalau orang tu jawab salam. nanti mesti dia suruh kesalam lagi. dan lagi dan lagi. KALAU NAK TEGUR SENDIRI LA ! lempang kang.
  • mintak nombor
cuba kalau tak dapat ? yang dapat malu siapa? yang tukang mintak tu ha. mesti ayat masa nak mintak macamni kan : "weh, ade orang nak nombor kau" . haaa bukannya orang tu tau siapa. so tak dapat malu la.
  • serba salah
lepastu apa kau nak buat pulak, kalau kau bagitau dia ade orang nak kenal. lepastu bila dia tau siapa nak kenal, dia taknak. lepastu dia kata dia nak kenal dengan kau. tambah lagi kau memang minat dia. haaaa apo den nek buek ni ha ? haha
  • single jela jadiknya
kalau kau sibuk nak hantarkan surat, kirimkan salam sayang, sampaikan pelempang. bila masa pulak kau nak lempang jantung hati kau ? haha, maksud aku nanti kau takde masa untuk dia. takpun kalau kau takde, bila masa orang nak ngorat kau? jadinya ? lu pikiaq la sendiri.
  • pening weh !
sorang kata ni, sorang kata tu. sorang nak tu, sorang nak ni. alahai, malas aku nak layan lah

oh ni dah lain :O
uish panjang pulak aku membebel. ala senang cerita, korang toksah la sibuk hal rumah tangga orang. kalau setakat nak nasihat, bagi tips ke. ok la. tapi kalau korang memang suka jadi orang tengah ni, tak kisah la kan. ini dari my point of view je. hihi maklumla, pemalas. :D ok tamat.

p/s: tak gentleman doh suruh orang mintakkan nombor. pui !

27.8.11

mimpi buruk

assalamualaikum,

hihi dua hari lepas kan, aku mimpi takut sangat. aku dengan atin kot rasanya tah nak pergi mana tah macam event la. lepastu aku kena bawak bas. tapi aku berdua je dengan atin.

lalu jalan macam dekat bukit, bengkang bengkok sakit tengkok. dah la hujan, lepastu aku bawak bas huyung hayang taw, aku macam masuk2 lane bertentangan, silang- silang dengan kereta. -__-" hapeeeee, mingkin sebab jalan licin.

lepastu ade satu kereta ni memang aku tak boleh buatpe. bersilang dengan dia lepastu bas tergolek. tergolek dekat pokok je. lepastu dah cuak- cuak, aku dengan atin keluar dari bas. jalan kaki siket tetiba sampai satu tempat macam rumah.

dekat situ ade parents atin. HAHAHA tah mana2 mimpi aku kan ? hmm then parents atin taknak atin kawan dengan aku sebab drive macam orang gila. aku mintak maaf nangis2. dorang buat taktau. time ni atin dah hilang.

then tetiba orang UKM pulak datang disusuli abah dan emak. dorang macam nak bincang masalah aku yang drive berbahaya. mungkin boleh dibuang universiti. hahahaha. tapi abah bincang2, lepastu sign sign. then tak tau ape cerita.

mak pulak tah camana tengah pegang bakul, beli coklat. kahkahkah. tapi time ni, makcik aku tah muncul dari mana, cerita pasal dia terserempak aku dating *which is tak pernah pun . mak aku tetiba merajuk, taknak cakap dengan aku. hmm, aku kejar2, dia lari2. waaaaaaaaa taknakkkkkkkk !
http://www.emocutez.com

ok lepastu dah terjaga. pukul 11 pagi hihi. good morning . aku setiap kali mimpi memang terabur. kejap kat sini eh tetiba kat sana. tadi dengan dia lepastu kang dengan kau. eh ? haha kbai

p/s: tak dapat bayangkan nak bawak bas. tengok orang bawak bas pun takut.

26.8.11

Edisi Ziarah Raya Blogger

assalamualaikum,
invited by nizam
sesiapa nak join silalah click gambar di atas yeeeeeeee. toksah memalu. kalau malu, tak nak kasi kuih raya :p raya dah nak dekat, kalau korang malas sangat nak pergi beraya rumah orang, ha korang raya la dekat blog orang. jangan lupa bawak kuih raya. okay :D

nak tag diela lah tapi dia dah femes. hihi tag jugak. then, atin. tu jela. yang lain pun bolehhhhh nak join :)

tengs nizam, ajak join segmen ni :)

25.8.11

Segmen Tempek dan Jelajah Blog

tagged by diela

first of all, nak sorry dekat diela sebab lambat gila buat entry ni. ingat tak sempat, lepastu baca fanpage storyfromtemoyo ada lagi 29 boleh join, so cecepat buat. siapa nak join click je gambar tu okay.

to temoyo :
saya join segmen ni sebab nak menghargai jasa baik adiela yang femes dan ramai follower tu kerana sudi mengetag. :) memang menjadi impian setiap blogger untuk mempunyai ramai pembaca , kenalan baru dan pengunjung bagi memeriahkan suasana blog masing- masing. so do i. jadi dengan itu, saya join segmen ni dengan harapan ianya menjadi kenyataan.

wow ! SEKEMA nyeeeee. hihihi. okthanxbye :) 

Ummi 1st Lucky Draw

assalamualaikum,

tagged by lia
sementara takde apa nak buat ni, join jela GA yang dianjurkan oleh Ummi hehe :) mana lah tahu tergolong dalam 6 bloggers bertuah kan, sebab blog comel sangat. hihi perasan. ala lagipun, Ummi guna random.org

so BEST OF LUCK untuk semua. click je gambar tu kalau nak join. atin , aizanm , fierul ! anda telah di tagged. sila lah sila lah join.

iftar.

assalamualaikum,

Though it's been a while now,
I can still feel so much joy,
I can still hear the laughs,
The happiness that brights in every face.

Even though not everyone was there,
We manage to enjoy together,
It may not be perfect,
But, who cares ?

We captured every moment,
To share with the others,
So that they will know,
This could be more cheereful,
If they were there,
Next time, InsyaAllah.


Ohh, how can I live withou you guys ? I miss every moment of us :')

24.8.11

Wordless Wednesday #2

assalamualaikum,

 
:'D

23.8.11

kesian sayang !

assalamualaikum,

ini entry pendek sekadar nak bagitahu hafidz demam panas nyaaaaaa ! KESIAN DIA. harini tak pergi sekolah, duduk rumah je dengan ang (nama manja aku) . pukul 4.30 pagi tadi dah bangun dah tengok BEN 10.

aku yang pukul 5.15 pagi baru nak terkebil kebil gelak sakan tak tahan bila dia menjerit tolong tolong ! HAHAHAHAHAHA. kau tahu sebab apa ? sebab taknak makan ubat . hahahahahahahahahahahahaha ! haaaaaaa geram aku. mak suap dia ubat. abah pegang kaki tangan dia. haha mana tak jerit tolong tolong . grrr gelak sorang aku kat dapur.

pukul 10 aku bangun tengok dia tengah tengok tv. peluk dia. pergh panasnyeeeeeeeeeeeee. suruh dia baring, lepastu tarok cool fever tu ha, tutup kipas, selimutkan dia. bagi keluar peluh, hilang haba. ni tengah tido. asal terjaga je, suruh aku tukar channel sebab aku bukak channel radio. hek eleh. takpun, mintak air kosong. bagus betul ni. asal aku usik je cool fever tu dia merengek "ah ah jangan, tu sakit hafidz. " haha -__- conscious sgt. :p

alololo. get well soon baby.
p/s: ha cepat, siapa demam nak aku jaga ? aku hebat bab bab bagi kasih sayang ni HAHA bye

citarasa ramadhan.

assalamualaikum,

semalam berbuka dekat pizza hut, mid valley dengan ajiq. ditemani wan husna tercinta. tujuan asalnya, nak hamek kuih daripada ajiq. kitorang order citarasa ramadhan lepastu tambah spicy arabbita dengan ape roll tah. sedap ! mumula ingat tak kenyang makan pizza berlavakan cheese. rupanya kenyang gila hihi. tapi sedap ! puas makan. Alhamdulilah.


macam- macam benda berlaku kat pizza hut tu ha. yela, mana taknya, dari pukul 6 dok melangok dekat situ sambil dihiburkan dengan lagu- lagu raya sebab tak boleh main reserve reserve. sampai wan main teka silang kata, find the differences yang black and white hehe.

ha nah tengok apa yang berlaku :

1) budak lelaki kerja pizza tu kerja bajet buat muka comel kembung kembung kan pipi. HAHA
2) ade customer ni pakai kemeja sama kaler dengan pekerja pizza hut. confuse jap la kan.
3) berbuka dengan pakwe, tapi makwe sibuk baca komik baru beli. kesian pakwe, tengok je.
4) ade couple yang perempuannya bertudung labuh tapi si lelaki kejap2 pegang tangan perempuan tu sweet sweet gitu
5) lelaki melayu yang dengan selambernya makan pizza pukul 6.30 petang
6) pak arab bergaduh dengan pekerja. tak tahu la, tak dapat tempat duduk agaknya.

AKAN TETAPI, setelah menyedari perbuatan tersebut salah, apatah lagi di bulan puasa. kami pun bersangka baik.

1) biarlah, dia rasa comel macamtu.
2) tak baik lah. kesian dia.
3) mana tau dorang adik beradik ke. haaaa
4) dah kahwin la kot. lepastu nampak cincin. ohh ok ok betul la tu
5) mungkin dia musafir. tak pun, orang sarawak yang bukan beragama islam ke?
6) agaknya dia marah la kot, tadi pekerja tu cakap ade tempat kosong ke. sekali lepastu atuk, ramai anak- anak dia datang, dan mungkin 2 orang isteri. :)

lepastu kitorang gaduh- gaduh siapa yang tak habiskan part masing- masing haha. ish ish ish . best ! thank you :)

ha nah amek !

assalamualaikum

huk aloh tadi dah cakap cepat cepat nak sahur dah. haha standard la. tertinggal lagi satu.

 Ain cinta Fakar .
Love, oh, love, I gotta tell you how I feel about you
‘Cause I, oh, I can’t go a minute without your love
Like a satellite, I’m in an orbit all the way around you
And I would fall out into the night
Can’t go a minute without your love




kisah lama

assalamualaikum, 

cepat- cepat update sebab kejap lagi nak sahur dah pun ni. hihi. dulu kan dulu kan, aku ada minat sorang lelaki ni. hmm tapi dah lama aku tak stalk dia sebab dia tak famous sangat pun. so ni aku share la jejaka kacak aku ini hehe. tapi serious aku suka sangat dekat dia. GRR ! handsome, rambut serabut2 comel !, suara sedap, pandai main biola. pergh ! cair aku.

ye, ini bukan pasal awak ye, sayang. HEHE. Alexander Rybak is from German. aku kenal dia lepas aku tengok Anis post dekat wall , lagu dia Funny Little World. sweet betul. lepastu aku tengok gambar dia, alolololo sukanya ! hihihi

dia punya lirik lagu semua pun, manis manis belaka yang buat rasa korang nak peluk teddy bear dengan geram ! haaaaaa. description blog aku tu pun daripada lagu dia. OAH ! hehe kang aku senaraikan kang, ayat2 sweet daripada lagu2 diaaaaa. hihi

kejap lagi okay, kasi tengok gambar dia dulu. :)
hai
rambut tu comel sangat
haaaaaaaaaaaaaaaaai ! :D
okay dah yang lain korang cari sendiri ok :) nak bagi contoh ayat sweet sikek:

Let's start by being friends. And let the friendship never ends.
Don't promise me forever. Just love me day by day.
I like you from the start. You melt my icy heart.
But if you saw me now, crying secretly, would you hold my hand and never let it go?
I don't know you but I need more time. Promise me, you'll be mine.
haaaa amacam ? hihi ok nah bagi korang dengar satu lagu dia :) enjoy




thank you

peace be upon you

Yesterday,
I had so much fun,
I know it was nothing,
It happened in just a short time.

OH HOW I MISS !
Holding your hands,
Hugging you,
Getting jealous to each other,
Stopping your cries,
And our laughs.

I love,
When people smiled,
Looking how close we are together.

We are not far,
Unfortunately we rarely met,
But we always look forward,
To see each other.

Thank you for everything,
You are the best,
That I ever had.

Love, Ain

 same school
different matriculation
different UKM
always

forever

this is the only way I can thanked you, Wan Husna hehe

p/s: dah tengok Alogo !! grr grr haaaaaa :D

22.8.11

sula penat maaaaaaaa

assalamualaikum

haaaaaaaa dah ngantuk. esok nak kena bangun sahur. lepastu nak keluar amek kuih lagi. hmm hmm tapi kalau wan husna tak dapat ikut, nak ajak siapa teman ? *hah ganas gila dia ni nangis haha

besok jela decide macamana. blog jogging ni nanti jela aku sambung. semangat benau dah ni. haha. aku siap copy link supaya nanti senang aku click je tak payah nak cari- cari lagi mana yang belum. maklumla, dah 20 tahun ni kan, 4 bulan pulak tu cuti, duduk rumah je tak kerja, mana tak lembap hotak ni ha. hmm


dah dah jom tidur anak anak. :) bye muah

blog jogging

assalamualaikum. 

aku terasa ingin melompat kegirangan sambil tido. HAHA . korang ingat tak , aku pernah join segmen AA. so AA dah promote belog belog yang join segmen ni. dia letak under negara- negara pulok. aku tak jumpa  lagi aku bertakhta di negara mana. 

tapi aku telah dengan bersemangat membuka semua negara dan menjelajah semua blog ! tapi tak habis lagi ni. baru habis 4 negara. 6 more to go bebeh. aku cuma sempat follow then tinggal jejak dekat shoutbox masing2. copy paste je ayat "hai _____ . bw. from AA's segment." kang kalau blog comel ke, aku tambah la belakang tu. yang takde shoutbox tu memula aku tulis dekat post dorang. lepastu aku dah malas. follow je. HEHE.

memandangkan aku asyik tekan button follow, mula lah keluar captcha tu. tah cane eja. tapi aku tetap menggagahkan jari jemari untuk menaip kod- kod yang mencabar. fffuhhh

lepastu baru aku tau, sebenanya boleh tekan button follow dekat navigation bar tu. haha noob nya aku.

nak baca entry sorang2 memang aku tak larat. nanti kite baca ye awok awok sekalian. lagi2 entry yang fresh fresh hehe.

ice breaking jap ayuh :

panggil je Ain.
belajar dekat UKM kampus KL 
tahun 1 nak masuk 2 sains pemakanan
20 tahun dah pun ni 
menetap bersama parents di Bangi
belum berkahwin

semua entry aku bahasakan kau aku. tapi kalau nak borak dengan orang yang baru kenal, selalunya kite guna kite awak. tapi kalau awak dah start kau aku, kite ikut je. haha tetiba rasa gedik. ok dah tu je for a start. selamat berkenalan :) 

19.8.11

istimewanya ramadhan

assalamualaikum,

baru balik dari terawih, aku nak buatla satu entry pasal tazkirah semalam. semalam kan Nuzul Quran. so ada tazkirah special dekat surau. 

kalau kita disuruh jawab, what is so special about ramadhan? mesti ramai yang akan menyatakan puasa sebagai jawapan kan ? sebab bulan ni jela di mana semua umat islam diwajibkan berpuasa.

ekceli, Al- Quran adalah keistimewaan ramadhan. why do I say so ? sebab, Al- Quran diturunkan dalam bulan ramadhan. puasa ni kalau nak diikutkan, ibadah yang paling mudah. why why why? cuba kita bandingkan ibadah puasa dengan solat.

1) puasa ni kita meninggalkan bukan melakukan
don't misjudge. maksud di sini ialah, masa kita puasa kita tak boleh makan, tak boleh minum, meninggalkan perkara2 yang membatalkan puasa. haaa nampak tak nampak tak?

2) puasa boleh tinggal kalau tak mampu
tak mampu ni dari segi wanita yang diberi ABC, musafir, orang- orang tua yang uzur. tapi kalau solat boleh korang tinggalkan kalau tak mampu? MANA BOLEH ! tak mampu berdiri, duduk. tak boleh duduk, baring. tak boleh baring, guna isyarat tangan. tak boleh tangan, guna isyarat mata. tak boleh mata, guna isyarat hati. kalau hati pun tak boleh jugak, ha suruh orang solatkan jenazah. :D

ok la tu sampingan. ni nak cerita apa yang ustaz cakap pasal Al- Quran semalam.

bahasa Al- Quran merupakan bahasa yang tinggi which is bahasa arab. kenapa? because, can you read chinese, tamil or italy if you can't speak one ? BUT can you speak arabic languages ? if no, still you can read Al- Quran right ? which is in arabic. naaaaaahh clear enough ? 

what should we do about Al- Quran ?

1) own Al- Quran
memiliki. memiliki bukan dengan orang memberi Quran sebagai cenderamata atau pinjam daripada surau tak pulang- pulang ke kan. memiliki adalah membeli Quran itu dengan mata wang kita sendiri. baca ke tak, pedulikan dulu. yang penting kita ada Quran sendiri.

2) love Al- Quran
dah memiliki, kenalah cintakan Quran tu. simpan elok- elok. pencuri pun kalau geledah rumah, dia tak jatuhkan Quran tu. haaaa dia pun tahu hormat. hehe . tak pun, beli Quran kecik kecik tu, letak dalam kereta. kot kot nak buat maksiat ternampak Quran terus tak jadi. :D tak ke bagus tu. betapa powerful nya Quran.

3) learn Al- Quran
belajar lah membaca Quran. apa salahnya ? dah ada Quran sendiri, rugila biar je :) belajar pulak ada 3 perkara.
  • tajwid
ini wajib. sebab kalau kita tersalah tajwid masa baca ayat Quran dalam solat, maka terbatal solat kita. ish ish
  • tarannum
tarannum ni melagukan. ini optional. sebabnya, tarannum ni membuatkan kita rasa lebih menarik bila baca ayat- ayat Quran dengan berlagu. cuba kita bayangkan kalau azan tu tak berlagu? macam baca sajak pun ada. takut orang, betul ke dah masuk waktu ? haha . tapi tarannum bukan sebarang tarannum. ada beberapa jenis :
1-Bayati
2-Sobah
3-Sikah
4-Rast
5-Nahawand
6-Jiharkah
7-Hijaz
  • qiraat

qiraat ni maknanya bacaan. ada macam2 jenis bacaan. kita orang- orang biasa ni mana tahu. qiraat beri kita kelainan dalam membaca Quran. nak tau lebih lanjut baca sini. so kalau ada imam yang baca surah tetiba tukar huruf ke, baris ke. mungkin beliau belajar qiraat ni. 
ustaz bagi tazkirah sampai sini je sebab dah nak pukul 11. aku rasa kalau dia nak sambung mesti steps dia lebih kurang macamni kan lepas LEARN :

4) read Al- Quran
5) understand Al- Quran
6) practice from Al- Quran
7) memorize Al- Quran

ewah aku main hentam je. tapi ikut logik, logik la kan ? hehe ok la, till then :)

p/s: bulan ramadhan bukan hanya berpuasa, banyak- banyak kan lah baca Quran. *peringatan untuk diri sendiri
SALAM NUZUL QURAN :)

18.8.11

bestie VS boyfie

assalamualaikum, hehe nak tergelak siket baca tajuk. ehem

*geli la sot boyfie boyfie eeewww amendew tuwww HAHAhttp://www.emocutez.com 

selalunya benda ni berlaku kat perempuan lah kan. best friend korang mesti tahcing tahcing kalau korang lebihkan teman lelaki korang. keluar lepak dengan si lelaki lebih kerap berbanding dengan si gadis. keluar tak bagitahu pulak tu. haaaaa mana tak terasa :( kalau aku, aku pun terasa.

si gadis tu besfreng, si lelaki tu teman lelaki. 

si gadis kalau merajuk, ingat senang nak pujuk ? kau sehebat hebat manusia yang pakar memujuk pun, belum tentu dapat memujuk si gadis dengan hanya sekali ayat.

si lelaki merajuk lantak p dia la. hang lelaki dok sibuk buatpa nak suruh aku pujuk. *tapi pujuk jugak senanya :p maunya lari kalau tak pujuk kang. ngeri ngeri haha. ala lagipun lelaki cepat cool.

TETAPI ! si lelaki kalau merajuk sampai dah pujuk pun taknak elok jugak, biau je dia sensorang mengada sangat nak merajuk. hamboi? kalau si gadis, pujuk la sampai dia okay. tak baik biar je. kesian lah dia. eh macam pilih kasih ke ? haha

boyfreng kau boleh cari lain. * eh tapi aku memang takde niat cari lain. ni kiasan je. memey la tak sama tapi adela sifat- sifatnya yang kita suka. tapi besfreng susah betul nak cari lain. walau banyak mana pun besfrenggsss kau, kau tetap takkan lupa salah sorang kan ? mesti ingat semua walaupun tak selalu bersama. ecewah. tapi kalau kau banyak boyfrenggsss pulok, ada kau nak ingat semua ? takdok maknanya. mesti kau lupa- lupa lepastu break. sebab main merajuk2. "you tak ingat i, you ada orang lain kan ? kita break lah macamni. you pergila kat dia." antara besfreng manede dialog macamtu wey. "kau pergila dekat dia, kita dah bukan besfren." alololo drama sebabak.

apa yang aku nak cakap kat sini, normal la tu kalau besfren korang merajuk sebab korang asyik dengan buah hati. tak kira la, lelaki perempuan sama je. lelaki pun ade je tahcing tahcing bila dah lama tak lepak. eleh kau kalau gaduh nanti cari best friend jugak. nangis- nangis teponhttp://www.emocutez.com haaaaa. tak ingat- ingat lagi ? time single bukan main lagi, bila dah unavailable biar je best friend tu main sensorang. biasa dia !

mana satu korang akan pilih ? bestie ke boyfie ? *lagi sekali rasa geli haha kalau korang tak pilih best friend, aku rasa korang rugi. lainlah kalau kau dah kahwin, boleh la kau nak letak best friend tu 2nd choice. ni tak kahwin lagi kau dah kerek nak tolak best friend ke tepi. ish ish.

p/s: entry ini tidak ada niat untuk mengutuk atau mengancam sesiapa. ceh, ayat. HAHA wan dah ok rasanya. aku dah text dia hihi

LELAKI SEJATI

assalamualaikum,

tadi jalan- jalan dekat fesbuk. ternampak status Farah Azielia my ex schoolmate dekat Integrasi Gombak.
berikut adalah status beliau : *haha skema gila ayat aku 


Question : Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu...Tapi tak tau rindu pada siapa !


Answer from Ustaz Azhar Idrus : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR !

aku tertarik sebabnya memang terkena kat batang hidung aku yang kadang2 sibuk nak rasa sedih sedangkan takde sebab. takde ribut takde petir. apatah lagi hujan rasa rindu tapi tak tau kepada siapa. tu yang jadi sedih tu ! 

sampaikan aku akan cari sebab untuk menangis. tak kira lah apa pun. kalau tak nangis nanti aku serabut ! tapi sekarang Alhamdulillah takde dah camtu kot.

what makes me more interested is the answer. so have I found that real man ? tepuk dada tanya selera lah cik adik manissssssssss. hihi 


p/s: tengah serba salah dengan wan husna. macamana ni ? tengok, dah sedih hmm

17.8.11

Selangor Cuti

assalamualaikum.

Yeay ! Selangor cuti harini sebab Nuzul Quran. Aku excited lah jugak walaupun aku memang tengah cuti. Sebab mak ade kat rumah. Hafidz pun. So mak ajak pergi shopping. yeay yeay. Seronotnyaaaaaaa. Pergi Jusco Cheras Selatan.
the drebar. tepuk tangan sikek ! :p
Abah kena kerja sebab Keyyell. Haha. Lepastu dia jeles masa call kitorang cakap dah sampai lepastu tetiba dia datang Jusco tanpa pengetahuan masa lunch break. HAHA sanggup tu, all the way from EON Bank KL. Abah memang macamtu. Kenal sangat dah. KLIK SINI
abah tengah call
Kitorang beli barang- barang perhiasan dalaman rumah. Crocs oyeah. Aku first time, abah dengan Hafidz beli baru. Aku dapat blouse dengan jeans. Mak tak dapat beli blouse sebab takde siza and limited choices dekat butik PSA. Takpe nanti shopping lagi.

dan standard la, kalau bawak camera takkan biar je dalam beg ? kakak borek adik rintik di sini http://matcuoi.com


Ok tu je untuk harini. Sale wehhhhhhhh !! Jomla pergi shopping weehhhhhhh !! http://matcuoi.com ha excited gila aku. Dah dah. nak masak nasi tomato bye

p/s: tak sabar nak teman cik abang shopping hehe