Pages

1.12.11

fesbuk

assalamualaikum.


hai ! heheheh tetiba aku rasa nak update blog. korang rasa tau tak aku nak cakap pasal apa? nak belagak kawan aku ramai? notification aku 104? friend request aku 80? message dari peminat banyak lagi tak baca? ramai sangat post kat wall sampai ada yang terlepas pandang? HAHAHAHAHA absolutely no la kan? korang yang hotsetaf memey aaa. :D aku nak cakap pasal status updates. 

pendapat aku la kan. orang yang update status pasal em break ups or gaduh dengan boy/girlfreng, ada orang nak rampas kekasih kau macam immature la (which aku pun buat macamtu dulu haha). but golongan dewasa awal ni (20-40) takyah la dah, buat macamtu. boleh je kau nak update, tapi tak perlu la macam mention sangat apa orang tu buat, apa orang tu cakap. secara tak langsung kau aibkan pihak sebelah. yela, dah sah sah kawan kau kat fesbuk tu tahu kau tulis pasal sape. kemon la. dan secara spontannya pihak sebelah tu akan rasa meluat dan mungkin memasang niat untuk remove kau. tapi disebabkan pihak tu berfikiran matang, so kenapa perlu remove? sukati kau la nak buatpe kan. hahahaha aku pun buat je dulu remove remove orang ni sebab marah tak suka tapi sekarang dah matang. ehem haha. 

ala kalau ye pun kau nak orang tau kau sedih sebab putus cinta, kau cerita la kat chat ke, call mak kau ke, takpun update la status yang tak mention sikit pun he or she. update la status "Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni." "Aku harus kuat. Thank you Allah." haaa tu sedap la sikit orang nak baca. nanti mesti orang lain pun bagi support takpun terus tego kau kat chat. whatserong girlprengg? :D ni tak, update status, "KAU HENGAT KAU BAGUS SANGAT?" "KENAPA KAU BUATKU BEGINI WAHAI ............." -___- hehe lu pikir la sendirik

lagi satu, yang kau pergi update status pasal ramainya orang add kau, semua orang nak poke, bengangnya harini ada orang fewit. hahahaha amendeeee? yela aku tau kau hotsetafff, kau tak payah cakapla. orang lain pun tau kau hotsetaf cuma tak cakap je. tapi bila kau dah update status camtu, orang ramai kesian la kalau tak respon. so diorang pun cakapla, "yela orang hot" "alaaa, hot memangla" "orang cantik/kacak memang camtu" hehehehe gaya aku tulis macam aku jeles je kau hot an? haha bukanla, aku just rasa tak perlu je semua tu. hehe ini pendapat ye, dan ini juga blog aku. janganla marah, kite kan kawan. eh bukan? okay :p

aku memang tak tujukan pada sesiapa, facebook ni public. kalau nak tulis status tu, tak payahla sampai boleh mengguris hati dan perasaan orang lain. cukupla sekadar orang tahu, kau tengah sedih ke, marah ke. kalau orang nak tahu pasal kau, dorang akan tanya. toksah la kau sibuk2 nak bagitau terang terang. ok bebehhhs? update korang keluar kat home, takkan nak hide kot? kang langsung taktau pasal korang. *haha stalker ala kadang- kadang aku pun tak sedar yang aku buat benda yang sama. tapi sekarang aku fikir- fikir la jugak nak update status apa. kalau dulu main hentam je. :p

eh dah la, banyak sangat pulak tulis ni. sorry kalau ada yang terasa. hehe bye kawanss :)

26.11.11

Puss in Boots

peace be upon you my frengs.

yesterday I watched this movie with hafidz? what movie? who's hafidz ? hahaha poyo. Puss in Boots movie la broo. Hafidz tu my lil bro la broo. haha apebenda aku melalut. okay saje nak tukar selera, i'll post this in english. oh ! why nooooooooooot, saturday is english day. yahuuuu. habis aku. eh ! -__-

alright, lets get started. this movie is about, a cat..I'm not in the mood of telling story because I haven't take my bath I guess. :p teehee you read the synopsis yourself aite mate ? 


hmm I could not find the synopsis. then I'll tell. it's about Puss who wanted to clear his name because people thought that he stole money from Ricardo Bank but it was actually Humpty fault. so he must find the magic bean so that he can take the gold eggs to make the villagers proud and never blame him again. find out yourself whether he make it or not. haaaa saspen kan ? go and watch the movie lah :)

and this is the trailer.


for me, it's a very cute story because there were sooooooooo many cats yaaawww. you will watch and "aaaaaaa" "oooouuuu" "emmmm" haha. besides, it was funny till the cinema cracked (pecah panggung) haha and that Puss in Boots is soooooo cool. rasa nak ngorat. hai :p and his girlfriend, Kitty is super hot. :O there is also Jack and Jill, Humpty Dumpty which his real name is Humpty Alexander Dumpty, Jack and the beanstalk was also in this movie. bring along your cute lil brother and sister la. okayy, you can bring your boy/girlfriend too. haish. I think I've given you something that makes you wanna watch this movie.

feeewit
Humpty Alexander Dumpty
Jack and jill
 today, I wanna try Happy Feet 2. hafidz's request also bye :)

aku bukan tomboy

assalamualaikum.

ok tengok tajuk pun korang tau aku nak cakap pasal apa? oh sebelum tu aku nak tanya, kenapa orang tak boleh follow aku eh ? tekan button follow lepastu takde efek. anybody yang ada solution ? hmm

sinopsis cerita ni, kau baca la sendiri. malas aku nak bacakan


Aku Bukan Tomboy" is a story of a tomboy (Scha Alya) who was raised by her single-parent father after the loss of her mother when she was just a child. Deep down inside, she has crushes on guys and fancies them, just like any other girl. Unknowingly, she is in a love triangle with two guys - Harry (Shaheizy Sam) and Burn (Syamsul Yusof).

haaa practice bahasa inggeris sikit :p ok aku bagi 8/10 la. sebab memang best pun. kelakar. bila kau tengok kau takdela rasa argh ruginya !!!!!!!! macam tengok cerita hantu melayu kan. serious tak seram. menyampah aku. ending dia takkan la aku nak cerita. tak syok la. try la tengok. tapi kalau korang taknak tengok patu nak aku cerita jugak, call la HAHAHAHAHA

dalam cerita ni, aku suka tengok Zarina AF tu. kikiki comel gila dia jadi tomboy. lepastu shamsul pun comel jadi skema walaupun ya dia kureng sikit berlakon ni. tapi ok je :) sam macam biasa, cool dan hensem dan membawa wataknya dengan best. scha pun okay je. sebab tu aku rasa cerita ni okay kot ? tapi adela babak babak geli sebab macam lesbo kan. heeewww. hehe ok pergila tengot :p bye

tu shaheizy sam :)
babak comel scha dengan shamsul
fewit Zarina otai siod haha


22.11.11

roar !

assalamualaikum.

mesti semenjak semalam semua orang dah excited post dekat facebook, blog, twitter pasal bola kan? or even earlier sebab tak sabar . hehehe and i bet harini pun takkan habis cerita pasal bola. masing- masing beli paper, tengok highlights, tengok ulangan kat you tube, dengar ulasan dekat radio, bukak lagu Satu Malaysia haha.

pagi tadi masa on the way pergi kelas Hitz Fm dah buat perjanjian dengan radio dekat Indonesia kalau Malaysia menang , Indonesia kena pasang lagu Harimau Malaya satu hari. kikikikiki and they did ! :D

haaaaa lagu ni la ! lelelelelele haha

nampak macam aku pulak yang excited lebih kan ? TAPI MEMANG AKU EXCITED PUN !!!!!!!!!!!!!!!!! sebab aku tengok ! hahahahahahaha :D ok bye 

Harimau Malaya

assalamualaikum.

elelelele mesti semua orang tengah senyum lebar kan harini ? pergi kelas, kerja, makan, tidur mesti teringat semalam punya bola. yahooooooo Malaysia menang !! Alhamdulillah. aku siap balik rumah semalam sebab malu nak pergi tengok dekat cafe, nanti ramai lelaki tak boleh nak jerit. tengok dekat blok nanti takde geng. tengok dengan family is the best ! sebab aku sukati2 jerit lompat nangis guling hahahaha. :D memang aku jerit2 nama Baddrol semalam ! hihihi . 

hahahahaha aku semalam cuak gila tengok bola. Indonesia terer gila weh ! maksud aku, dorang macam tak gentar langsung. player Malaysia takut takut nak jaringkan gol padahal banyak je peluang. hish. lambatlaa. :p nasib baik menang taw. lepastu yang pemain Indonesia semua tak boleh blah. keje nak belakon sakit kena langgar. padahal.... -___- lepastu kalau langgar player Malaysia taknak ngaku. 

Apek the goal keeper sumpah terer . geram gila tengok kau main? asal terer sangat? memang penyelamat negara doh kau hahaha. AAAUUMM ! pasal Fakri. malas nak cakap pasal kau. walaupun aku tidak mengenali dikau, tapi ternyata prestasimu menghampakan semalam. hahaha sukati aku padahal baru 1st time tengok bola sungguh2. Baddrol, Nazmi, Yong, Asra !! korang memang hensem ok bye haha

serious saspen weh tengok semalam. dudua team terer hehe. dah masa tambahan tu aku nak tertido tido dah sebab tak larat. tapi ku gagahkan juga sebab berharap Malaysia akan menang. tak sia sia doa kite semua. :)


TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!


psssssttt, tengok dengan awak pun best hihik :)

15.11.11

remember this ?

assalamualaikum


haaaaaaaaaaaaa haritu aku suruh vote kan? kalau hangpa nak tau, gambar ni menang nomboq satu ! hihihi tahniah Awwab. belanja cake Secret Recipe ah camniiiiiiiiiiiiii hihihihi :D

oh by the way, thanks sesiapa yang dari blog aku lepastu tolong mengevotekan gambar.  tengs ya ! :)

9.11.11

cantik ni !

assalamualaikum

serious ni cantik. sila lah like. tekan je gambar tu. as simple as that babes !

8.11.11

rayanundalwau

assalamualaikum



rindunya

hmm

rindu sangat !

kbye


menangis :'(

6.11.11

Tagged by Si Katak Kuning

Assalamualaikum, this is what we call takde kerja cari kerja. tengs Cik Katak Kuning


1. Ape tempat yang korang nak pegi sangat-sangat sampai terbawak2 dalam mimpi?
em ade je tempat nak pergi sangat tapi semua tak pernah nak masuk mimpi pun ?
maknanya xkan jadi kenyataan ke? haha tapi teringin nak pergi London & Paris

2. Name penuh korang ape? Nick name glamor ade?
Nurul Ain binti Azmi. nick name glamor Ain Azmi. eh glamor ke tu? 
hahahaha dari sekolah nama tu sebab ramai naaau ain :D

3. Puas hati tak dgn berat badan sekarang? Berapa?
puas je. berat badan ideal ni. hihi 46 la roughly. kot kot dah naik pulak ke kan

4. Gadget yang korang ade. List kan.
em tulis benda jela yeh malas nak tulis jenama . takut ada yang termenunjuk ke
henset
kamera
laptop
external keyboard HAHAHAHA
tu jela kot. aku pun tak ingat apa yg ade kat rumah

5. Gambar korang yang paling Cool.sila upload ^^
cool kan wa cakap lu
6. Cinta Pertama Bagi korang.
yang sekarang sebab nak yang ni jadi yang terakhir jugak.

7. korang layan Nasyid? Lagu paling minat?
layan ! :D Damai yang Hilang- Nowseeheart

8. Betulke orang cakap, dalam family mesti ade sorang yang berbeza@blacksheep? bg pendapat anda.
emmmm ramai orang cakap. tapi tah. macam biar je tak amek kisah sangat
sebab nanti kesian la adik beradik tu kite nak cakap dia blacksheep :)

9. Facebook Korang sekarang gambar apa?
banyak maknanya gambar ni
10. Korang rasa korang cantik?
MESTILA ! haaaaaaa nak kata aku perasan lettew. haha
cuma bersyukur dengan apa yang dianugerahkanNya Alhamdulillah.. :)

11. Perkara yang paling membahagiakan korang.
kahwin. 

ok meh tanya mereka ni 

  1. Korang suka tak tengok perempuan yang gedik ? Kenapa eh ?
  2. Berapa jam korang belajar sendiri di luar waktu kelas ?
  3. Selalu orang cakap semua baby comel. Ade tak yang korang tengok lepastu korang tak suka sebab dia tak comel ?
  4. Umur berapa korang kenal erti makwe pakwe ni ?
  5. Korang menyesal tak dengan jalan yang korang pilih sekarang ?
  6. Mana yang patut rasa lebih bangga. Orang yang ada kereta mewah tapi duit parents or orang yang ada kereta cikai tapi duit sendiri ?
  7. Untuk perempuan, suka tak mekap ? why oh why                                                                                             Untuk lelaki, suka tak perempuan yang mekap ? why oh why
  8. Korang mesti rasa rugi kalau tengok cerita melayu dekat wayang kan?
  9. Apa pendapat korang tentang perigi cari timba ? Ok ke tak ?
  10. Korang nak anak berapa ? haha
ha dah. sila la jawab. tetiba aku rasa soalan aku susah. hahaha pepandai la korang hihihihi. sesiapa yang rasa nak jawab dipersilakan . nanti bagitau aku eh , aku nak tengok jawapan korang. thank you :D bye

    29.10.11

    hmm

    peace be upon you sayangs,

    28.10.11

    Selamat Bermidsem

    assalamualaikum

    good luck everybodeyh ! 

    24.10.11

    waaaaaaaaa !! ;'(

    LIPAS TADI TETIBA TERBANG ATAS LAPTOP ! 
    :(((((((((((((((((((((((

    bola oh bola

    assalamualaikum,

    sementara aku ada masa ni. aku nak la cerita pasal bola kan. aku memang bukan seorang yang tengok bola. WHY ?

    1. BOSAN ! kejar kejar bola tu lepastu dah dapat, orang lain amek.
    2. HAMPEH. dah nak gol dah ni. lepastu salah apa aku pun tak tau, tak gol
    3. AKU TAK FAHAM. hahaha camana boleh dapat free kick, lepastu side kick ke apa tah aku pun tak tau term yang digunakan haha
    4. TAK TAU NAK SOKONG TEAM APA. tak best la tak tengok bola lepastu tetiba pilih team yang power. lepastu team kalah, tukar team lain haha baik tak payah
    5. NOOB. berapa lama main pun aku tak tau. half time bila ? berapa lama? hahaha
    6. TAK EXCITED. tak ingat pun player team tu. yang hensem pun ingat time tu jela. takdenya lepastu aku excitednak tengok dia main lagi ke apa haha
    ala kesimpulannya, kalau tak minat...tak minat jugakla. TAPI tak semestinya. kalau orang ajak aku pergi tengok bola dekat stadium, pakai baju team yang lawan lepastu bercantik cantik sikit, tu aku suka. baru la semangat. ni kalau duduk rumah, dengar orang bersorak dalam tv je. memang aku nak tertidur. takkan aku nak belajar pasal bola, tanya orang yang tengah tengok tu ha ? mau dia sepak aku guling guling macam bola hahaha. :p

    aku tau, lelaki sekarang suka dekat perempuan yang suka tengok bola. baru la geng. hmmm :( ceh tetiba sedih haha. tapi aku sekarang takdela minat bola, cuma excited je sebab adela sebabnya. HAHA tengok tu takdela, tengok keputusan je hahaha. takpun, tanya orang. takpun, ade orang nak btau. hehehe.

    ok tu je nak cerita. :D

    WHY ALWAYS ME ? :p

    23.10.11

    L.I.P.A.S

    asssalamualaikum

    L to the I to the P to the A to the S ! gooooooooooooo away LIPAS ! hahahaha. aku ni nampak je tough tapi aku serious takut lipas. bukan geli ! memang takut. nak nak yang terbang tu ha. apebendaaaaa la kau nak terbang2 . jalan jela diam diam ! geram aku

    pernah sekali dekat living room. bukan sekali, banyak kali ! tengah seronok online, tengok tv tetiba nampak kelibat kecil tak comel lote langsung jalan lelaju. lepastu biar jela sebab tak kacau. sekali lalu bawah kaki pulak ! melompat aku pergi belakang mak. lepastu beliau pergi terbang terbang seperti mencari aku kat belakang mak. kuaja ! dah tu, mak bangun la cari shieldtox. dah takde tempat perlindungan :( lepastu cecepat lompat katak pergi belakang abah. yang abah, "ni apesal ni? alaaaa lipas pun nak takut" bukan nak tolong -___- dah tu, lipas tu terbang pulak pergi dekat lagi dengan aku. dah tak tau nak lari mana ! seb baik mak datang sembur sembur. dah mabuk pun terbang lagi dekat aku. haaa menjerit satu rumah haha . mati pun last last

    baru tadi, tengah online sambil tengok Man City menggulingkan MU. hihik sory awak :p tetiba abah cakap ain lipas kat belakang. terus lari panjat kerusi. yang abah sekali lagi dengan dialog sama -___- buat dek je tak carikan shieldtox pun taaaaaw. lipas dah masuk dapur, tengah tengok tv, apiz coloring tetiba lipas merangkak rangkak dekat dia. melompat pergi kat aku. terus taknak turun kerusi. suruh naik atas tidur dengan mak taknak pulak sebab aku tido bawah. alololo manja ni dengan aku hihi lepastu aku pun bajet la hero nak cari shieldtox dekat dapur sebab apiz jerit2 suruh aku sembur . sekali lipas tu terbang pulak dekat aku. hadooooi !  berlari bajet comel aku . dah dapat shieldtox tak jumpa dah lipas. yang apiz sibuk tanya. lepastu tido atas riba aku kat atas kerusi hahahah. sian.

    ok dah tu je. tapape pasal lipas pun nak cerita. :8)

    dalam cerita Oggy and the Cockroaches pun dorg ni annoying kan ? RASA NAK SEPAK ! :p

    22.10.11

    wallpaper

    assalamualaikum people :)

    saje je aku nak cakap pasal wallpaper laptop ke, henset ke, pc ke. sebab aku rasa benda ni memainkan peranan yang penting dalam hidup aku. PENTING tahu ?

    why ye korang tanya. *ceh bajet ada orang tanya. haha.sebab, bila kita bukak je, tengok gambar yang korang rasa best tu, tak ke...

    • rasa happy tetiba walaupun mumula macam orang bermasalah
    • tetiba senyum sorang2 sebab tunggu laptop korang loading gila
    • terubat rindu dekat orang2 dalam gambar tu ha
    • teringat peristiwa yang berlaku masa korang ambil gambar tu
    • kot tetiba korang nak perasan cantik/ hensem sekejap
    • takpun, bajet kalau orang lain guna laptop kau lepastu puji gambar kau haha

    haaa seronok kan? yang korang pergi letak gambar tak best buatpe? tu bila mengamuk korang rasa nak baling phone, nak campak laptop keluar tingkap, nak bako pc. dah cepat tukar gambar.

    aku nak show off wallpapers aku :8) pergh belagak. tak baik la !ok, saje nak share 

    ni paling feveret

    tetiba rasa cantik haha
    comel lah hafidz !
    menarik
    raya raya :D
    comel lettew
    mestila comel
    tak boleh tahan gelak
    ni yang sekarang :) meow
    ok bye :)

    21.10.11

    bila jauh sangat

    assalamualaikum

    p/s: kalau dekat pun macamni awak :)

    the end

    assalamualaikum.

    aku bukan nak cerita hal peribadi dekat sini tapi entah aku pun tak tau nak describe apa yang aku nak karangkan ni.

    dulu aku kecoh kecoh pasal lelaki itu kan ? aku tak sepatutnya buat macamtu. memang tu bukan perangai aku pun sebenarnya. bercintan cintun dekat fesbuk, tayang sana sini, buat in a relationship la bagai. serious aku tak suka macamtu. tapi maklumla, dah seronok sangat agaknya, lepastu bangga bila orang kata aww sweetnya sweetnya macam gugula.  aku pun lupa prinsip aku.

    motif aku tak suka kecoh kecoh sebab, benda belum confirm. lepastu tak ke kau rasa malu dekat family? i mean makcik pakcik kau sekarang pun dah ada fesbuk nyah. haaaa. bila balik kampung. amboi, engage tak bagitau. memang kite tau ala tu saje saje je. tapi bila kite dah takde pape dengan orang tu. pergggghhhh orang mengata beb. kite tak boleh kawal mulut orang ni. sebab aku pun macamtu. "eleh, dulu bukan main lagi syg sana syg sini. aku dah agak dah mesti tak lama punya. tula tayang2 lagi " hahaha dialog biasa . kan ?

    and, aku rasa parents kite pun tak gemar betul tak ? diorang yang dah kahwin pun takde nak meow meow dekat fb tu ha. tak salah nak post dekat fb tu. yela, kite nak la orang tau yang dia tu kite punya buat masa ni tapi aku rasa cukupla sekadar hai. ehem. :) . awak. macamtu je . just muncul2 dekat page dia. lepastu post la lagu ke, artikel ke. macamtu je pun dah comel. takpun biar orang lain tertanya2 eh dia ni dengan dia ni ke. haaa lepastu tup tup masing2 dapat invitation card. ececeh haha SURPRISEEEE. :p

    lagi satu, kalau kata kan lah hubungan tu tak menjadi, aku rasa tak payahla kau kecoh dekat fb tu. satu, kau boleh mengaibkan orang lain. dua, kau pun sendiri nanti orang mengata. tiga, macam meraih simpati pun ada. empat, boleh jadi isu bermusuhan nanti, remove meremove. lima, kau tak malu ke ? enam, kau buat orang lain berdosa kalau dorang mengata pihak sebelah. ayoookk takut tak takut tak ?

    aku tak tujukan pada sesiapa. aku tujukan pada aku. :) semoga korang semua bahagia. aku bahagia hehe


    p/s: dalam sesuatu perhubungan wajib ada kejujuran. kalau korang rasa korang tak jujur, terus terang jela. tak baik menipu dan menyakiti hati orang lain. aku dah cukup jujur dah ni. sorry.

    18.10.11

    weh weh

    assalamualaikum.

    tetiba je aku rasa nak update blog ni sebab aku tengah serabut ! tak perlu la aku ceritakan sebab kang tersalah cakap aku boleh memburukkan orang lain, or menyinggung perasaan orang lain walaupun sebenarnya tak berniat la kan. kang kot kot aku terburukkan nama sendiri pulop. lagi payah ! semua lari lajulaju xnak tengok blog ain lagi

    2 minggu lagi aku nak midsem. good luck ain. and aku rasa sekarang semua U dah selaras kan, cuti mid term masa raya haji nanti seminggu. eh korang xtau ? SEBAB TULA KAU CUTI 4 BULAN HARITU ! ahaha. :p

    eh dah la. tetiba tak tau nak tulis apa. aku nak bagi nasihat cintan cintun tapi aku padam balik sebab aku tak tau apa nak tulis. dengan aku pun fail bab ni. wakaka. nasihat aku, korang buatla pilihan yang terbaik. ceh tetiba -__-

    ok la, semua orang. good luck dengan quizzes, tests. life and everything la yang korang rasa memerlukan luck. amekla luck aku bagi tu . :D

    hai awak. ye, awak. :)

    14.10.11

    hai lagi

    assalamualaikum,

    entry ni saje nak promotr gambar kawan . dia masuk competition. kite rasa senang je. click gambar tu, tekan like. macam tak payah like page tu dulu sebab kite buat tanpa like page tu pun. cubalah try. kalau kena like page tu dulu pun apa la salahnyaaaaaa. tolong tolong member. :)

    nah . like taw sayengggsss :D

    like laaa like laaa
    ok awwab , done my job :)

    2.10.11

    feeerrrggghhh

    assalamualaikum, 

    lama la siod tak publish any post ! aku macam bajet bajet risau nanti dah takde orang nak jenguk blog aku. nanti follower pun berkurang. HAHA bajet femesnyeeeee. :p 

    walaupun takde siapa yang nak tahu, aku nak bagitau jugak ! aku tak mempublish sebab aku sibuk dekat kolej. sibuk study ! fuyo menipu gila. haha macam biasa, sibuk dengan aktiviti dan juga kelas. first week je orang dah suruh tuuuuttt. malas cakap. hehehe

    and lagi satu, keyboard rosak :( nak menangis guling guling sebab sayang sangat dekat laptop ni hmm. kalau guna external keyboard dah tak cantik la kan? ade keyboard lain pulak. buruk gilaaaaaa. lepastu susah pulak nak angkut kau sana sini . buat berat beg aku ! nak beli yang boleh gulung2 tu, yang kaler pink. tapi tekan tak best.

    aku nak buat kerja pun payah. aku guna virtual keyboard. yang kena tekan guna mouse dekat skrin tu. AMBOI ? bukan main payah lagi? hahahaha nak tekan huruf a, b, n dengan shift. ewah ewah. hm nak taknak kenala jugak beli keyboard. aku kat rumah ni, keyboard takde lagi, tapi kena buat report. so ini jalan penyelesaian aku.

    hafidz punya keyboard. hehe
    ok dah bye.

    12.9.11

    now it begins

    assalamualaikum ! :D

    haiiiii, kite dah dekat UKM ni. pejam celik pejam celik tup tap dah masuk tahun dua :O kite dapat bilik sorang wak. best tak ? best laaaaa, ruang untuk kite sendiri je tahuuu ? tapi fana dah xde. dia duduk luar. dah takde orang nak datang bilik, sebar gosip terbaru. dah takde teman nak pergi cafe cuci mata. eh bagus jugak tu ! KURANG DOSA ! haha bye fana :p dah takde kawan yang tunggu aku kat bilik pagi2 sebelum tunggu bas nak pergi kelas. kalau sem lepas,bilik sebelah je. dah kenal sangat kalau dia tutup pintu lepastu pakai selipar nak pergi bilik aku. "ha , ha. fana nak datang." hahaha

    sekarang ade syida izan and nauwal dalam kolej ni hehe. 

    haritu aku balik ahad pagi. sorang. aku drive. bawak baju2 je dulu. lagipun barang aku banyak tinggal dekat stor sini. nasib baik dapat bilik dekat dengan stor. kalau blok lain? naya aku nak ngangkut sensorang. Alhamdulillah. lepastu tengok, bilik sorang. yeayyy comel. then lepas zohor aku balik rumah sebab tak beli satu barang pun lagi. melancong sekejap ke Jusco Seremban sebab nak hantar naim balik poli PD. 10 malam baru gerak balik kolej.

    hmmm tido tanpa mak dan abah dan hafidz. :( ceh mengada haha. harini dengan esok takde kelas. tapi gua tak balik bhai. ehem. haha bangga. tengok2 esok balik. tapi mungkin sebab nak amek kereta . ok dah bye :B

    taraaaaa :D

    8.9.11

    great raya !

    assalamualaikum..

    ffuhhffuhh. sambil makan tart nenas. dah lama tak update. maklum la, sibuk beraya. ecewahhhh. haha. aku rasa raya kali ni sangat seronok sebab mungkin tengah habiskan sisa-sisa cuti kan? so aku telah berjalan raya dengan sakannya dan rakan taulan juga berkunjung tiba ke rumah aku. lebih kurang setiap hari semenjak daripada balik kampung ada je orang datang. aku seronok sangat ! sebab before ni tak pernah pun mungkin sebab sekarang dah lebih dewasa? :p

    hari jumaat aku balik dari kampung. sabtu tu, wan husna and the gang datang. malam tu hafizuddin and the gang pulok. ahad, aku raya rumah wan sensorang. isnin, aku konvoi raya dengan wan faiez adham syuk nabil kamal. tu best. oh awwab, adib dengan najmuddin join sekali raya rumah wan dengan aku. macam unplanned lah jugak kan heee. tapi best !
    wan and the gang :)
    yeay !
    selasa izzati datang beraya dengan adik dia. rabu aku beraya rumah syiqa dengan beberapa orang gadis jelita. khamis aku raya rumah atin dengan fiza. petang tu atin singgah raya rumah. lepastu kem and the gang datang. :D
    the jelitas :p
    besok jumaat rumah nisa pulak dekat shah alam. amboi raya sakan kau. tu tak sempat nak jenguk blog, yang dah follow tu, sian korang.

    ahad ni dah nak balik ukm, tak tahu la sempat ke tak nak layan kawan2 baru dekat blog ni. pergh poyo gila ayat kau haha. aku serious takde mood nak masuk belajar . rasa nak menangis :( 

    2.9.11

    Jika Hari- Hari Hari Raya

    assalamualaikum,

    tengahari tadi baru balik dari kampung. raya kali ni mungkin bersederhana saja sama seperti raya- raya tahun lepas. mulanya nak balik semalam sebab kereta abah mengalami kecederaan. kuikuikui 

    tahun ni tak pergi beraya sangat pun cuma singgah singgah rumah saudara mara terdekat. duit raya pun dah tak banyak collect . maklumla, dah dewasa cantik. HAHAHA dulu comelote je . :O hihi

    gambar pun malas nak haplod dekat fesbuk sebab macam tak menarik je gambar aku. dengan tak banyak kot ? tahun ni tak main bunga api puuun. takbest ! sebab bebudak kecik sibuk dengan game dekat i pad, i phone, laptop, ben 10, ultraman. alahai. tak heran der dengan mak abah kakak abang dah jumpa geng.

    selalu tiap tahun aku buat open house. last year paling meriah sebab batch aku dari Integrasi Gombak ramai gila datang ! memang terbaik. dengan kawan2 lama dari sekolah rendah. tahun ni tak tahu la camana sebab semua orang dah start sem. belajar jauh- jauh.

    dala, aku malas bebel banyak. ngantuk dengan mood yang tak seberapa ditambah dengan perasaan tak hingin nak masuk sem balik :'( meh aku tunjuk gambar siket okay :)

    bermaafan. abah
    bermaafan. emak
    sedapnya makan
    jalan- jalan raya dengan kanak2
    makang lagey
    kanak kanak tak reti duduk diam
    cak cak. rumah makngah
    bajet photoshoot raya
     

    raya rumah Oteh. cousins
    ha nah sape nak aku jadi driver dia ? :D