Pages

26.1.12

cucucucucucucuti

assalamualaikum

harini dah nak masuk seminggu cuti sem. what did you do? what did i do? well, aku xde pergi melancong mana mana pun sebab yang cuti tu aku. orang lain tak. masa raya cina haritu aku balik kampung. hari isnin balik rumah dah. lepastu selasa tu hafidz sibuk nak pergi hotel tapi semua orang macam malas. lagipun keje nak pegi hotel je kopak laaaa.

lepastu plan la nak pergi swimming je kat Palace of The Golden Horses. hahahaha siap siap semua lepas asar. tetiba langit dah gelap. kihhhhkihhhhkihhhh nak hujan lettew. belum keluar bangi lagi hujan dah rintik rintik ape lagi nak sampai ke destinasi. sampai je, nasib baik tak hujan. so lari cepat cepat takut nanti hujan. dapatla hafidz berenang 10 minit sebab abang life guard nak tutup pool memandangkan kilat sabung menyabung. lepastu amek amek gambar je sebab awal lagi. last last tak hujan pun. kuang kuang kuang. luckily hafidz tak meragam sebab dapat main air kejap je. lepastu dia tak reti duduk diam.

tu diaaaa 10 minit haha
langit memendung
amek gambaaaaar

kena paksa nyanyi Happy Birthday to You hahah
xreti duduk diam
semalam pun, abah cuti lagi sebab dia sakit perut. lepas asar tu nak la pergi taman sebab tengok langit pun ok je. dah siap semua, awan gelap datang. (ececeh ayat haha) tapi pergi je jugak sebab sian hafidz. dapat la main bola sepak dengan badminton kejap. tak hujan tapi mendung lepastu guruh2. then lepak NUIN. dorang nak makan. aku makan roti aiskrim dengan air ZAP Oasis Mint. yummy sluurrpp

harini pergi makan Pappa Rich dengan Ada. lepastu shopping2 sikit. pergi Butik Sutera Ungu dekat Bangi tadi. sebelah Pappa Rich. beli jubah. cantik. RM99 je. lepastu masuk Ratu, bagi mesej ade sale tapi masuk takde ponnnnnnnnnnnn. lepastu tak menarik so pergi Metro Point, Ada nak beli frame bunga dekat ROMANTIKA. fewit haha. ok so dah khatam barang2 yang nak dibeli.

dah tak pernah2 aku cerita apa aku buat, ni aku pergi cerita pulak sebab aku nak update tapi taktau nak tulis apa.

25.1.12

wordless wednesday


teehee

Assalamualaikummmmmmm Hihi tetiba aku nak fewit diri sendiri and terexcited lebih sebab aku update post ni guna henfon. Ok ok aku tau korang semua xheran. Ade aku kisah ? Hahaha. Aku baru habis paper Penilaian Status Pemakanan. Haaa cool kan subjek ? Ade lagi 2 paper . Besok Psiko jumaat Falsafah Alam Sekitar. Sepanjang exam ni, Alhamdulillah aku xde nangis2 sebab banyak lagi tak study. OH NO ! Bukan sebab aku dah study awal. Tapi sebab banyak gap teehee. :B nangis nangis sebab lain tu biasala kan. Hm Xde motif sebenarnya aku nak update post ni. Saje nak menetry guna henset. Ok la, tahniah la siapa yang dah habis dengan selamat. SELAMAT BERCUTI lah ye. Manfaatkanlah cuti anda sebaiknya. Aku ingat nak keje ah even cuti hanya sebulan. Sebab aku nak make myself busy. Eh ok, bye lagi sekali !

okay, post ni nak post hari isnin last week. dah aku excited excited dah habis mengarang tetiba tak boleh post pulak an. haha semangat je aku. ok takde motif sangat ni nampaknya tata. :)

hambar. haha  :p

5.1.12

exang

assalamualaikum

apa itu exang? cuba teka . hmm ok clue, exangmingnangsyeng. haaaa hamekau ! abugid sekali. ala exam la . sekarang ni tengah minggu exam kan ? EH! bulan exam. aku teringat nak buat post ni masa tengah jawab exam tadi. hihihihi xdela, lepas exam tadi. gap between exams kali ni sangat la jauh. korang tau kan macamana aku selalu tension time exam. study study lepastu result hm tak mengizinkan aku untuk berkata apa- apa. :O

walau bagaimanapun, aku takkan putus asa. ada 2 setengah tahun lagi aku nak perbaiki semua kekhilafan ku itu. TAPI bolehkah? sempatkah? mampukah? itulah pentingnya Doa Usaha Istiqamah dan Tawakal. okay, exam kali ini, (walaupun tak habis lagi), aku lebih tenang. kalau dulu, ya Allah. aku punyala melalak melolong lepastu call mak kena marah "kakak tak study ke ?!" hmm tau jela camana aku study and tak berubah pun lagi sampai sekarang :( sorry.

eh aku rasa aku melalut je lebih. ok bayangkan la aku ni yang selalu study awal, lepastu ready habis nak amek exam plus tak sabar- sabar lepastu dapat result GEMPAK habis. walaupun semua tu dusta, tapi ni apa yang aku selalu buat.
  1. doa. aku selalu baca : ( Surah Al-Anbiya’: ayat 79) 

    فَفَهَمْنَاهاَ سُلَيْمَانَ وَكُلاَّ اَٰتَيْناَ حِكْماً وَعِلْمً وَسَخََّرْناَ مَعَ دَاوُدَالجِْبَالَ يُسَّبِحْنَ وَالطَّيْرِ وُكناَّ فَاعِلِيْنَ , وَ ياَ حَيُّ يَا قَيُّومُ ياَ رَبَّ مُوسَىٰٰ وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ وَياَ رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ (صلى الله عليه وسلم) عَلَيْهِمْ أَجمْـَعِيْنَ , اَللَّّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةً وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِيْنَ
    “ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki, faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.”

  2. aku baca, bukannya tak baca
  3. kalau aku penat, aku berhenti. (tido ke, lompat2, basuh baju)
  4. kalau banyak lagi tak baca, tak tidur la gamaknya. (aku takde masalah blank ke apa kalau tak tido)
  5. kalau banyak lagi sangat tak baca, lepastu tak larat..aku akan relax jap, doa supaya Allah beri lebih masa dan permudahkan aku faham dan hafal.
  6. aku usahakan jugak sampai habis baca ! (tapi habis bagi aku, habis nota tu. kalau ade part yang aku tak baca tu, bukan kira tak habis. tu kira taknak baca je) HAHAHA
  7. agak- agak dah habis tu, aku tengok tajuk besar lepastu ingat apa yang aku dah baca dalam tajuk tu
  8. lepastu doa la dipermudahkan jawab exam, diberikan idea yang bercurahan, mudah- mudahan apa yang dibaca ingat masa jawab exam.
  9. rilek je weh ! jangan gelabah- gelabah.
  10. dalam exam hall, baca lagi doa sebelum jawab.
  11. lepastu basic la korang pun tau, baca soalan hati2, jawab betul2, semak bla bla bla
  12. lepas dah habis. JANGAN LA CHECK ! aku kalau orang yang dok bincang2 "eh eh ni apa eh jawapan dia?" "eh laaaaa ni ke jawapan dia" memang aku blah dari situ. tau la boleh jawab. hek eleee :p
  13. kalau ada yang tak boleh jawab sebab tak baca tu. JANGAN SEDIH ! dah memang kau tak baca nak boleh jawab cane.
  14. so sekarang kita tinggal tawakal je dengan apa yang kita dah buat.
  15. jangan lupa doa dilembutkan hati pemeriksa, disembunyikan kekhilafan and macam- macam la.
  16. ok focus untuk next exam :)
jangan stress taw. GOOD LUCK :)
aku tak rasa ini tips, ni cuma nak share apa yang aku buat hehe bye.

oh ade sorang jejaka ni, pernah cakap kat aku; 

" orang yang stop belajar bila tak larat adalah orang yang biasa 
TAPI orang yang still belajar jugak walaupun dah tak larat adalah orang yang luar biasa."

3.1.12

birthday treats

assalamualaikum,
here's another my birthday surprise

video

from my most beloved, kisses, hugs and everything.
Wan Husna Wan Hamidon

even a special someone cannot defeat the power of a true friendship. hehe

anddddddddd
a birthday treat from my family
a pink cake. yeaaay
a pink cupcake. yeehaa.


celebration with family is always simple
besides, i'm turning 21.
no need a birthday party,
a bunch of presents.
that's not important anymore.

wishes, prays, loves.
that is more than just enough.
:)

on this 21, i promised to myself to study harder, no more thinking about marriage *because it won't happen in this few years. save money ! *nak pergi UK haha. and be a good muslimah. InsyaAllah. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur. :) peace out yaaw :D

oh oh oh , A TONNES OF THANK YOU to my friendssssss. yang tak tau birthday aku pun turut wish sebab tengok dekat ticker FB penuh dengan nama aku. and thank you to those who called. and Rush semalam call cakap nak buat video tapi budak budak lain dah tido. and ayat dia " ok la, ni kira special la ni aku wish kau last." ok ! hehehehe semua yang wish pun special sangatttt. *gedik . ok choww

2.1.12

new year

assalamualaikum. tibatiba aku buang tebiat nak buat post baru. sebenarnya semalam lagi aku dah nak buang tebiat tapi internet slow nak mam ! fedap aku. takyah la guna broadband celcom dah weh. hahaha nanti semua orang tak guna, aku sorang je guna barula laju. pigidah. oh sory dah 2 haribulan baru nak cakap HNY. new lagi ape, tambah2 dengan birthday aku. *saje nak bagitau ang highlight and bold haha

aku memangla sambut new year kan. memang memang. tetiap tahun. aku pergi konsert, balik lewat malam, tinggal solat isyak sebab penat sangat macam2 lagi la. ala macam tak biasa. kalau korang percaya, sampai hati hmmm :'( ok la selalunya, malam new year, abah selalu ajak pergi tengok bunga api. kat mana lagi kalau bukan putrajaya. tapi tahun ni aku tak pergi sebab tengah study week lepastu duduk kolej lama- lama bajet boleh bertahan. tapi semalam aku balik sebab penat duduk kolej. :p anddddddddddddd, semalam adik aku cerita, dorang pergi putrajaya lepastu takde bunga api. lepastu memang ramai la pergi kan? and semua kena tipu wakakaka. eh, sampainya hati Putrajaya ni :(

dengar bunga api dari bilik je. tengok kat tingkap tak nampak pun. sedih. rasanya ade kot bunga api kat taman tasik titiwangsa tu. lepastu dengar budak- budak cina junior main kejar- kejar lari- lari kat atas sambil jerit jerit. ade birthday kawan diorang kot. biarla. lepastu bubudak perempuan ketuk ketak ketuk ketak lari turun bawah patu jerit jerit alaaaaaa tak nampak tak nampak. *baca sambil buat suara menyeringai ok. yang aku pemalas gila nak turun pergi tengok bunga api sebab malas nak bersiap2 haha dah pakai baju tidur. 

aku setiap kali tahun baru manede nak berazam azam sebab aku tak kenal mana- mana azam. eh ? bukan, sebab aku rasa bila- bila masa aku boleh berazam. haha and aku tengok dekat fesbuk macam macam azam ade, taknak tinggal solat la, nak jadi muslim and muslimah yang terbaik la, nak kahwin orang korea la. pergh. lepastu ade yang ENDING 2011 SINGLE. untunglaaaa haha. ape pun azam kite, make sure kite buat yang terbaik untuk mencapainya. okay loves? All The Best aku ucapkan.

ha share la ape lagi ? oh lupa dah lambat. dah ended dah pun. :p
andddd by the way, aku tau semua nya pun bakal menghadapi final exams. do your best. let us pray for together success. betul ke english aku ni? okbye :)

sweet moment.

assalamualaikum. hihi