Pages

1.12.11

fesbuk

assalamualaikum.


hai ! heheheh tetiba aku rasa nak update blog. korang rasa tau tak aku nak cakap pasal apa? nak belagak kawan aku ramai? notification aku 104? friend request aku 80? message dari peminat banyak lagi tak baca? ramai sangat post kat wall sampai ada yang terlepas pandang? HAHAHAHAHA absolutely no la kan? korang yang hotsetaf memey aaa. :D aku nak cakap pasal status updates. 

pendapat aku la kan. orang yang update status pasal em break ups or gaduh dengan boy/girlfreng, ada orang nak rampas kekasih kau macam immature la (which aku pun buat macamtu dulu haha). but golongan dewasa awal ni (20-40) takyah la dah, buat macamtu. boleh je kau nak update, tapi tak perlu la macam mention sangat apa orang tu buat, apa orang tu cakap. secara tak langsung kau aibkan pihak sebelah. yela, dah sah sah kawan kau kat fesbuk tu tahu kau tulis pasal sape. kemon la. dan secara spontannya pihak sebelah tu akan rasa meluat dan mungkin memasang niat untuk remove kau. tapi disebabkan pihak tu berfikiran matang, so kenapa perlu remove? sukati kau la nak buatpe kan. hahahaha aku pun buat je dulu remove remove orang ni sebab marah tak suka tapi sekarang dah matang. ehem haha. 

ala kalau ye pun kau nak orang tau kau sedih sebab putus cinta, kau cerita la kat chat ke, call mak kau ke, takpun update la status yang tak mention sikit pun he or she. update la status "Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni." "Aku harus kuat. Thank you Allah." haaa tu sedap la sikit orang nak baca. nanti mesti orang lain pun bagi support takpun terus tego kau kat chat. whatserong girlprengg? :D ni tak, update status, "KAU HENGAT KAU BAGUS SANGAT?" "KENAPA KAU BUATKU BEGINI WAHAI ............." -___- hehe lu pikir la sendirik

lagi satu, yang kau pergi update status pasal ramainya orang add kau, semua orang nak poke, bengangnya harini ada orang fewit. hahahaha amendeeee? yela aku tau kau hotsetafff, kau tak payah cakapla. orang lain pun tau kau hotsetaf cuma tak cakap je. tapi bila kau dah update status camtu, orang ramai kesian la kalau tak respon. so diorang pun cakapla, "yela orang hot" "alaaa, hot memangla" "orang cantik/kacak memang camtu" hehehehe gaya aku tulis macam aku jeles je kau hot an? haha bukanla, aku just rasa tak perlu je semua tu. hehe ini pendapat ye, dan ini juga blog aku. janganla marah, kite kan kawan. eh bukan? okay :p

aku memang tak tujukan pada sesiapa, facebook ni public. kalau nak tulis status tu, tak payahla sampai boleh mengguris hati dan perasaan orang lain. cukupla sekadar orang tahu, kau tengah sedih ke, marah ke. kalau orang nak tahu pasal kau, dorang akan tanya. toksah la kau sibuk2 nak bagitau terang terang. ok bebehhhs? update korang keluar kat home, takkan nak hide kot? kang langsung taktau pasal korang. *haha stalker ala kadang- kadang aku pun tak sedar yang aku buat benda yang sama. tapi sekarang aku fikir- fikir la jugak nak update status apa. kalau dulu main hentam je. :p

eh dah la, banyak sangat pulak tulis ni. sorry kalau ada yang terasa. hehe bye kawanss :)

4 comments:

kura said...

gua jarang gila update status. kan senang........ hahah

zaty said...

lagi lagi yang status eeeww eww..puih.

Anonymous said...

setujulah sangat yang part "which aku pun buat dulu" emm kadang-kadang kita tak sedar post yang kita buat, membuatkan orang lain gelak pada diri kita, sebab post tu kenalah sangat-sangat dengan diri "kita", oleh itu kita tak usahlah membajet hotsetaf sangatlahkan =)renungan diri sendiri

ain azmi said...

hehehehe haah ni mmg ingatan utk diri sendiri jugak :)