Pages

12.9.11

now it begins

assalamualaikum ! :D

haiiiii, kite dah dekat UKM ni. pejam celik pejam celik tup tap dah masuk tahun dua :O kite dapat bilik sorang wak. best tak ? best laaaaa, ruang untuk kite sendiri je tahuuu ? tapi fana dah xde. dia duduk luar. dah takde orang nak datang bilik, sebar gosip terbaru. dah takde teman nak pergi cafe cuci mata. eh bagus jugak tu ! KURANG DOSA ! haha bye fana :p dah takde kawan yang tunggu aku kat bilik pagi2 sebelum tunggu bas nak pergi kelas. kalau sem lepas,bilik sebelah je. dah kenal sangat kalau dia tutup pintu lepastu pakai selipar nak pergi bilik aku. "ha , ha. fana nak datang." hahaha

sekarang ade syida izan and nauwal dalam kolej ni hehe. 

haritu aku balik ahad pagi. sorang. aku drive. bawak baju2 je dulu. lagipun barang aku banyak tinggal dekat stor sini. nasib baik dapat bilik dekat dengan stor. kalau blok lain? naya aku nak ngangkut sensorang. Alhamdulillah. lepastu tengok, bilik sorang. yeayyy comel. then lepas zohor aku balik rumah sebab tak beli satu barang pun lagi. melancong sekejap ke Jusco Seremban sebab nak hantar naim balik poli PD. 10 malam baru gerak balik kolej.

hmmm tido tanpa mak dan abah dan hafidz. :( ceh mengada haha. harini dengan esok takde kelas. tapi gua tak balik bhai. ehem. haha bangga. tengok2 esok balik. tapi mungkin sebab nak amek kereta . ok dah bye :B

taraaaaa :D

8.9.11

great raya !

assalamualaikum..

ffuhhffuhh. sambil makan tart nenas. dah lama tak update. maklum la, sibuk beraya. ecewahhhh. haha. aku rasa raya kali ni sangat seronok sebab mungkin tengah habiskan sisa-sisa cuti kan? so aku telah berjalan raya dengan sakannya dan rakan taulan juga berkunjung tiba ke rumah aku. lebih kurang setiap hari semenjak daripada balik kampung ada je orang datang. aku seronok sangat ! sebab before ni tak pernah pun mungkin sebab sekarang dah lebih dewasa? :p

hari jumaat aku balik dari kampung. sabtu tu, wan husna and the gang datang. malam tu hafizuddin and the gang pulok. ahad, aku raya rumah wan sensorang. isnin, aku konvoi raya dengan wan faiez adham syuk nabil kamal. tu best. oh awwab, adib dengan najmuddin join sekali raya rumah wan dengan aku. macam unplanned lah jugak kan heee. tapi best !
wan and the gang :)
yeay !
selasa izzati datang beraya dengan adik dia. rabu aku beraya rumah syiqa dengan beberapa orang gadis jelita. khamis aku raya rumah atin dengan fiza. petang tu atin singgah raya rumah. lepastu kem and the gang datang. :D
the jelitas :p
besok jumaat rumah nisa pulak dekat shah alam. amboi raya sakan kau. tu tak sempat nak jenguk blog, yang dah follow tu, sian korang.

ahad ni dah nak balik ukm, tak tahu la sempat ke tak nak layan kawan2 baru dekat blog ni. pergh poyo gila ayat kau haha. aku serious takde mood nak masuk belajar . rasa nak menangis :( 

2.9.11

Jika Hari- Hari Hari Raya

assalamualaikum,

tengahari tadi baru balik dari kampung. raya kali ni mungkin bersederhana saja sama seperti raya- raya tahun lepas. mulanya nak balik semalam sebab kereta abah mengalami kecederaan. kuikuikui 

tahun ni tak pergi beraya sangat pun cuma singgah singgah rumah saudara mara terdekat. duit raya pun dah tak banyak collect . maklumla, dah dewasa cantik. HAHAHA dulu comelote je . :O hihi

gambar pun malas nak haplod dekat fesbuk sebab macam tak menarik je gambar aku. dengan tak banyak kot ? tahun ni tak main bunga api puuun. takbest ! sebab bebudak kecik sibuk dengan game dekat i pad, i phone, laptop, ben 10, ultraman. alahai. tak heran der dengan mak abah kakak abang dah jumpa geng.

selalu tiap tahun aku buat open house. last year paling meriah sebab batch aku dari Integrasi Gombak ramai gila datang ! memang terbaik. dengan kawan2 lama dari sekolah rendah. tahun ni tak tahu la camana sebab semua orang dah start sem. belajar jauh- jauh.

dala, aku malas bebel banyak. ngantuk dengan mood yang tak seberapa ditambah dengan perasaan tak hingin nak masuk sem balik :'( meh aku tunjuk gambar siket okay :)

bermaafan. abah
bermaafan. emak
sedapnya makan
jalan- jalan raya dengan kanak2
makang lagey
kanak kanak tak reti duduk diam
cak cak. rumah makngah
bajet photoshoot raya
 

raya rumah Oteh. cousins
ha nah sape nak aku jadi driver dia ? :D