Pages

13.7.11

asal dari kampung

assalamualaikum :)

isnin haritu minggu lepas aku baru balik dari perlis hihi. ikut fiza dengan mama abah dia balik kampung. beberapa hari sebelum pergi tu memang excited sebab festaim ikut orang bercuti lepastu jauh pulak tu perjalanan . aku memang suka jalan jauh ni hehe. kitorang bertolak 3.30 pagi la macamtu sampai dalam pukul 10 pagi. singgah rumah wa (sebutan wo, maknanya mak long hehe) tapi tidur rumah mak tam dalam sawah padi.
tu dia rumah tengah sawah
tengahari kitorang makan ikan sembilang dengan mentarang. haaaaaaa korang tau tak mentarang tu apa? aku tak tau, tak penah makan pun. mentarang tu macam kerang tapi dia panjang isi dia. aku makan satu je sebab aku orang selatan kalau makan kerang dan seangkatan dengannya aku makan dengan sambal kicap hehe. korang yang tak tau should try la and tengok rupa dia camana haha.

1st day tu tak pergi mana pun, lepas makan pergi mengai (mengail) amek2 gambar dekat sawah. memang terbaik la gambar kan. cunnnnnn ! pergh. malam tu pergi melawat rumah sedara mara fiza. hehehe setiap rumah singgah mesti makan. sampai la 11.30 malam baru pulang ke pangkal jalan.
fiza and atin
juara mengai. mak fiza :)
awek sawah
anak2 mak tam
2nd day. bangun 5.30 sebab nak pergi Wang Kelian yang terletak di Thailand. nak shopping, tapi beli tudung dengan baju askar apiz je and also my seluar askar haha. lepastu hujan beli payung masing2 teehee. gua kelam pun pergi jugak then pergi padang besar. lalu jalan yang ada ladang tebu seluas lautan. tapi time tu ngantuk sangat so malas nak berhenti pergi amek gambar. lepastu sadar2 dah ade dekat laut. yang dekat jeti tu hehe turun jap. lepastu makan laksa perlis belakang maybank dekat situ. then balik, packing2 pergi rumah wa (sebutan wo bermaksud mak long) hehe. tidur sana malam2 xpergi mana.
payung baru masing2
last day. unplanned activity . terbang ke langkawi. HAHA tak terbang, naik feri. macam biasa, bangun 5.30 pukul 6.45 bertolak, pukul 7 naik feri. tengok cerita karak masa ontheway. cikkkkkkkkkkkkk,,,ade nampak anak saya takkkkk ??? HAHA sampai sana, lunch dekat sekolah rendah sebab kantin tu makcik fiza yang jaga. so makan free. kereta sewa pun free sebab sedara fiza jugak . haha sepah2 ha sedara mara fiza. then pergi gamat, pantai chenang, mahsuri, durian pun sempat, coklat. oh starbucks pun free sbb .. ah you know why haha. pukul 1 naik feri. tengok 3,2,1 cinta pulak. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. so tengok separuh cerita tu pun cukup la :)
menjejakkan kaki di bumi langkawi
pantai chenang
mahsuri
durian
tu dia first time pekena starbucks

sampai je perlis, terus solat, packing semua lepastu pulang. tak tidur pun dalam kereta. dah nak dekat2 sampai tu baru tidur hehe. dekat2 pukul 12 malam lah sampai rumah fiza. tidur sana satu malam lepastu esok abah fiza hantar aku dengan atin balik rumah :) tamat tamat tamat. 

1 comment:

Cik Embun said...

bestnya rumah tengah bendang.... =) mesti berangin...