Pages

29.5.11

HARI BELIA

assalamualaikum anak anak :D

korang semua mesti tau HARI BELIA yang berlangsung selama 3 hari (27- 29 Mei 2011) di putrajaya kan kan kan ? haaaaaaaaaaaaa haritu aku cakap aku nak pergi kan kan ? jumaat aku pergi sekejap je and sabtu aku nak pergi sepenuh hati kan? oh yes i did it ! :D

jumaat -.- aku pergi parking nun jauh kat masjid putrajaya tu sbb aku hengat tak boleh masuk lepastu menapak la beribu batu kecil- kecilan. haih. aku pergi dengan ada (lepas amek dia dari sekolah) dengan hafidz. penat budak tu berjalan. kitorang amek2 gambar dekat kenderaan askar je (hai, kenyit kenyit mata sikit HAHA) hafidz buat muka tak bersemangat (cover macho agaknya) lepastu jumpa Wan Husna Wan Hamidon yaaaaawww. sape tu sape tu. alaaaaaa bestfreng i yang cung ramai peminat tu lerrr ehem hehe kesian dia jauh kena jalan nak jumpa aku tahu? merah muka lepastu patah balik beli selipar. hihi

kau apehal HAHA
haaaa dah okay
tu dia muka merah kasut tinggi :D
sabtu pulak ! harini aku pulak menapak jauh pergi tempat dia. FFFUUULLAAAMMAAAKKK ! ain selalu make a BIG MISTAKE bila cari parking haha. tapi i xkisah sebab harini bersemangat sikit. :) ceh pedahal sebenarnya memang aku kaki jalan. dah jumpa lepak dekat booth dia. INSPIRASI BELIA. terbaik weh ! meghiah wa cakap lu. lepak2 jalan2 dari kutub utara kutub selatan . serious dan aku bangga sebab kalau jalan dengan korang mesti tak larat . hehehe eh? tak eh? ok la tengok gambar jela korang. tak banyak gambar sebab gambar banyak dekat kamera kemeraman. hahah :))

ni je aku buat
dan lepak di booth best ni ! :)
p/s: tak tidur sebab before subuh nak gerak airport dah. YOU, I LOVE YOU sangat sangat tau hehe. korang jangan nak rindu sangat bye

27.5.11

kriuk kriuk

ASSALAMUALAIKUM,

kenapa kriuk kriuk ni ain? tengok tu tengok tu pukul berapa? pukul 4 pagi. tak tidur ! mesti la perut berbunyi. tapi kemalasan diri ini tidak mengahalang aku untuk terus menahan lapar . EEEEEEEEEEE BUGHOKNYA perangai. yeah i know. hmm tolonglah daku. :p

ehhhh next week cuti sekola lah ! bestnya bestnya. bukan best untuk kau orang budak sekolah. eeewww. untuk aku sebab aku akan bercuti selama 5 hari di BEIJING. hoyeah ahak ahak. bukan nak belagak (walaupun nampak macam belagak hm.) bukan juga nak jeleskan korang tapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan. korang suka kan tengok aku HAPPY?! haaaaaaaa :D nanti aku share apa yang aku buat kat sana okay? don't worry aku takkan buat macam entry SMAKJ tu sampai day1 day2 day3. ffffuuuhhh

esok tanggal seluar dan baju. HOI ! bukan bukan, tanggal 27 Mei bermulalah sambutan Hari Belia di Putrajaya dan macam biasalah aku akan menyibuk di sana. eeehhh sukati aku ler. esok tak tahu nak pergi pukul berapa dengan siapa. saje nak jalan2. hmmm sabtu maybe pergi dengan sepenuh hati yeaaayyyyy. uih ! Rancangan Perniagaan dok siak lageyyyy argh mati aku. 

eh weh , lancar je aku menaip malam ni. em aaaaaa (tetiba dah tak lancar) haaaa lepas beijing nanti kan aku nak pergi tempat lain pulok aha, nanti aku btau. tak seperais laaa. eh lepas beijing nanti aku jadi pengapit kazen. weeehhhooo tak sabar. haha aaaaaaa lagi. aku nak belajar main gitar. hmmm gitar takde lagi. takde geng nak pergi beli. haih. em lepastu taktau la nak kerja ke tak. (tengok tengok tak kerja sampai habis cuti -._) lagi apa nak buat. hmm dah xtau.

dah lah. lapar sangat tak larat nak menaip dah. bye cepat cepat. tak sabar nak tunggu gambar baru banyak ! yeay

pleaaaaaasssseeeeeeee

ASSALAMUALAIKUM !


nak minta tolong boleeeeeeeeeeeeh ??

like page ni 
http://www.facebook.com/fitrihadidotcom

lepastu like gambar ni
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=229098963773502&set=a.229096233773775.77999.121710707845662&type=1&theater



THANK YOU, JASAMU DIKENANG :)

23.5.11

cari jodoh

assalamualaikum.

semalam aku terbaca satu artikel dekat SAIFULISLAM.COM yang bertajuk Jodoh Tidak Datang Bergolek

apa yang dia nak sampaikan kat sini ialah, dia cakap ringkas pasal couple. couple ni haram bila kita berdua- duaan dengan pasangan kita, buat benda tak elok. lepastu, bukan makna couple haram ni, kita tak boleh langsung make friends lepastu dah berkenan tersuka kita taknak pulak sebab katanya couple tu kan haram. so kita decide biar Allah je yang tentukan jodoh kita. kita tunggu je. ade jodoh adela. 

eeeiihh tak boleh macamtu. setiap perbuatan, kita kena usaha. memang ade pepatah Jodoh dan Pertemuan adalah Ketentuan Allah. eh betul ke macamtu? lebih kurang lah ye ayat tu hehe. tapi kita still kena cari jodoh tu. tak kira la dengan berkawan ke, suruh mak bapak carikan ke, kawan2 kenenkan ke. haaaaaaa. lepastu bila dah berkenan, teruskanlah hubungan tu dengan niat yang baik. semuanya bermula dengan niat kan. 

lepastu kan lepastu kan aku tertarik dengan doa penulis tu lepas dia direkemenkan seorang gadis oleh rakannya. emmm

“Ya Allah, pada malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, aku ingin membuat keputusan yang besar tentang wanita yang bakal kupilih menemani kehidupan dan perjuangan ini, sepanjang hayatku. Atas ikhtiarku sebagai hamba-Mu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai zahirnya, Kau uruskanlah ghaib dan batinnya. Berkatilah pilihanku ini dan kuatkan azam serta tawakkalku kepada-Mu. Aku hamba-Mu, dia hamba-Mu, Engkau Tuhan kami. Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayah-Mu, ameen ya Rabb al-’Aalameen”

yang bold tu yang aku tertarik sangat tu. isssskk. hmm tu jela kot aku nak cakap pasal ni. 

ni lagi satu, aku teramatlah suka dan tersentuh bila aku baca entry ni kat blog rakan- rakan aku. klik je nama mereka tu akan terus keluar dekat entry yang aku suka tu :)


banyak nya dosa aku ya Allah. andai syurga tidak cukup menggiurkan, apakah neraka tidak cukup menakutkan? tetapi takut tanpa disusuli tindakan adalah sia- sia . :'(

Saya Nak Menang Kamera Digital Atau Wang Tunai Dari Fitirihadi.com

Assalamualaikum

setelah sekian lama xjoin apa apa contest tetiba ternampak FITRI HADI buat contest. hadiah lumayan hehe. memang aku dah ada kamera tapi mana la tahu kot2 menang bolehla bagi kamera tu kat adik kaaaaaaaan. (tetiba macam akak yang baik pulak. ehem) okay xnak cakap banyak. jom la ramai2 join contest ni. senang je nah baca dan teliti dan fahami poster ini okayh. klik kat poster ni untuk ke entry tersebut di page penganjur :D

okay this is what aku akan pertaruhkan untuk contest ini hihi

well, aku rasa gambar ni gempak hehe
to Fitri Hadi, i just wanna try this contest because it seems sooooooo interesting. see you soon. thank you :) hehe

19.5.11

tazkirah sikek

assalamualaikum :)

tadi teman mak dengan abah berbuka. abah sampai lambat siket sebab jam. hmmm. tengah makan tu dia cakap pasal kenapa kadang2 doa kita ni tak diterima Allah. tazkirah ni dia dengar kat ofis tadi kot?

ustaz tu kate macamni, sebabnya kita ni selalu membezakan diri kita sewaktu beribadah dengan Allah. macamana? tak faham kan?

em macamni, kalau kita nak pergi solat kat surau ke, masjid ke. kita pakai lengkap. betul tak? dengan kopiah, baju kemas semua. tapi kalau kat rumah solat pakai singlet pun ada. hmm tu yang lelaki. 

yang perempuan pulak? kita beribadah dengan Allah pakai telekung. tapi berapa kali kerap kita basuh telekung tu ? haaaa. lepastu abah kata, ade lelaki ni jawab isteri dia basuh seminggu sekali. ustaz kata patut buat lagi kerap. belila telekung lebih ke. 

terasa jugakla sebabnya kadang2 basuh telekung tu bila ABC je sebab time tu tak guna telekung. isk. kalau baju bukan main belambak sampai tak muat almari kan ain ???? hehe.

ok tu jela nak share. ringkas2 je hihi. renung renungkan selamat beramal ! :D
wslm

16.5.11

totoi

assalamualaikum yaaw :)

kalau korang nak pergi toilet, korang cakap apa? ade yang cakap nak weewee . ade jugak nak shishi. tapi aku totoi HAHA. ala ni adalah bahasa antara princess princess :p ok ok bukan nak ajar korang bahasa kitorang, cuma nak bercerita pengalaman lawak kat toilet. 

cerita I : masa ni aku belajar kat matrik. every week kalau xde aral melintang, aku akan balik dari matrik melaka ke rumahku naik bas MARA LINER or bas yang koop tempah. kadang2 aku balik dengan kawan, kadang2 balik sorang. ade sekali ni aku balik sorang. selalunya aku akan turun kat serdang sebab senang parents aku nak amek. em em sampai je serdang, masa tu aku baru bangun tidur. HIHI turun2 je aku rasa nak pergi totoi. hehehehe aku pun masuk jela toilet kat situ. lepastu aku pelik. apesal kat toilet perempuan ade tempat lelaki weewee tu. aku diri je lama2 fikir. then aku keluar la nak tengok toilet perempuan ke lelaki lepastu ade lelaki nak masuk dia tengok aku patu dia tengok sign kat pintu patu dia buat muka pelik lepastu senyum HAHAHAHA. dia ingat dia yang salah toilet tapi sebenarnya aku yang salah. adddoooiii. malu gila. patu aku slumber je la keluar pergi toilet yang BETUL hahah !

manede ni dalam toilet perempuan :p
cerita II : ni time aku tengah matrik jugak. aku keluar pergi sunway dengan anis, nisa, shana kot. dalam toilet tu, biasala perempuan tengok cermin lama2, betulkan tudung, rambut semua. kat toilet tu ade lagu kot kalau xsilap. tetiba ade satu muzik romantik cam bunyi2 sexy la. kitorang gelakla sambil berdialog 'HAHA gedik gila lagu ni. bajet goda2 pulak tetiba' lepastu bunyi lagi kitorang gelakla lagi . bunyi banyak2 kali lepastu tetiba ade orang cakap 'hello' dalam satu toilet tu. AHAHA rupanya ring tone. kitorang dah terdiam . senyap2 cepat2 keluar sebab cuak sukati je kutuk2 lagu orang. hahaha. adohaiiiiiiiiiiiii. hish

hello ? 
ok, rasanya tu jekot. saje nak share. ok babai :D 

12.5.11

reality

assalamualaikum.

tadi kan masak2 dengan mak. tanpa segan silunya aku pun bagila tau korang yang aku ni bukannya pandai masak pun. tekial2 lagi kat dapur tu ha. sorry eh bakal mak mertua. saya nak belajar masak bebetol agar mak mertua suka kat saya sebagai menantu hehe. ok ok ni ade cerita ni. hayati dialog di antara ina (bukan nama sebenar) bersama emaknya.

ina : eee lajunya mak hiris kentang. cantik pulak tu. *sambil ketawa tengok kentang yang dihirisnya.
mak : alaaaaa hiris jela. mak memang xpraktis. ni bakat semula jadi
ina : hmm tu xaci tu. ina xde bakat. camana nnt kalau masak dengan mak mertua? mesti dia kata eee lambatnya. mesti xpandai masak.
mak : alaaaaaaaaaa, buat2 tau je. toksah la tanya2, mak ni macamana? ni ok mak? buat je. buat2 tau.
ina : haha. alaaa nnt mesti sedih. eeeeee takutnya! mesti nanti nangis2 nak kat mak
mak : (gelak) ape nak nangisnya. belajar la. mak kalau jadi mak mertua. xkesah. mak senang je. mak memudahkan je.
ina : hmmm bestnya ade mak mertua macam mak. xaci aaaa

seriously aku takut weh nak dapat mak mertua. buatnya dia xberkenan dengan cara kita? haaa, aku dala susah menghadapi tekanan. fffuuhh, harap2 la mak mertua aku macam mak aku. hmmm harap2 la jugak aku hebat gila masak nanti. :D

ade cerita lagi wehh. sedang satu keluarga ni beristirahat di ruang TV, si anak bernama ina (bukan nama sebenar) memulakan perbualan

ina: mak mak ! ingat x kawan ina yang tunang haritu? nak kawin dahhh. takutnyaaa isk
mak : ffuhh cepatnya kawin. hish. baru tahun 1 kan?
ina: haah. ala ramai je budak2 sekarang sama umur dengan ina kawin dah. siap dah ade baby. ala suami pun yang dah keje2.
mak: mengarutlah. nanti yang perempuan tak keje. duduk rumah jaga anak.
ina: (senyap) masuk bilik online
tetiba mak panggil.
mak: inaaaaaaa ! ade ke abah tetiba cakap macamana kalau ada orang masuk meminang ina
ina: eeehh abah ni biar betul? xpenah2 ckp hal ni . pergghh (senyum lebar) haha
abah: abah dah bersedia and i hardly can say no. tapi rumah xbesarkan lagi haha
mak: ehhh ade ke ckp mcmtu. i can say no. xpayahlaaaa, budak ni belum belajar masak lagi
ina: (senyap) masuk bilik sambung online

haaaaaaaa moralnya kat sini, korang mesti biasa cerita dekat mak kan kalau ade pakwe la, nak kawinla. ade korang cerita kat abah? kadang2 abah pun malas nak layan kan? tapi hakikatnya, dorang sedar yang anak dorang dah dewasa cuma dorang xreti nak cakap and share je. jadi xyah la ckp 'my dad xsporting langsung. mana boleh ckp2 pasal pakwe makwe ni' hahaha. salah tu. ayah korang malu je. xpun time tu dia rasa korang ni anak2 kecil lagi ahahaha.

ehhhhhh dala.aku xtau ape aku mengarut ni. saje tetiba rasa nak nulis cenggini. haha bahasa apetah. eeeewww

ok la adios amigos bebeh . wslm :)

masak masak

assalamualaikum :)

harini kita masak makaroni goreng. ala i know korang semua memang dah tau punya masak ni. yela aku bukan reti masak pun. tapi memandangkan dah dewasa and umur pun boleh dah nak kahwin. ehem (berangan) kenala dah pandai masak. tolong2 sikit kat dapur tu. lagi2 cuti lama ni kaaaaan.

nak tau ke camana nak masak makaroni goreng ni? aku list kan bahan and cara je tau. sukatan pepandai korang la secukup rasa and ikut size hidangan haha. aku punya ni untuk 4 orang

bahan- bahan:
  1. makaroni separuh paket besar pun boleh kot
  2. daging cincang
  3. sayur sawi
  4. bawang besar
  5. bawang putih
  6. cili merah
  7. lada (bila masak dipanggil sambal) *aku selalu kompiussss hihi
  8. 2 biji telur
  9. garam hujung tiga jari
  10. kicap secukup rasa
  11. sos cili
cara- cara:
  1. mumula, mestila kena rebus makaroni tu. takkan nak makan kerah kebatun macamtu.
  2. sambil tu, korang anyai daging cincang tu. xpaham? emmmm letak je daging tu dalam periuk atas api. xyah minyak xyah apa. sort of nak keringkan la. before tu defrost dulu ye sayangg.
  3. sambil- sambil tu, potong la sayur sawi tu, tumbuk cili, bawang besar, bawang putih tu haaa
  4. lepas makaroni dah lembut, daging dah kering (macam dah masak sikit la kan). letak tepi dulu. sekalikan makroni, daging dengan sayur sawi tu.
  5. haaaa sekarang, tumis bawang besar, bawang putih, cili tu ha. masukkan sedikit lada korang agak2 la sendiri. boleh kottt :)
  6. then masukkan 2 biji telur tu. bagi dia boleh tebalikkan sikit lepastu terus je masukkan makaroni, daging cincang, sawi tadi. gaul gaul gaul
  7. tambah garam (hujung tiga jari.penuh tau) *mesti xfaham sape yang tapenah masak :p . tuang2 sikit kicap, sos cili bagi ada warna. lepastu rasa la. xcukup, tambah lagi KICAP.
  8. gaul gaul gaul sampai sayur tu dah nak kecut2 layu, ha padamkan api. dah masakla tu :) yeaaaayy !
sorryla, xreti sangat nak bagi cara masak sebab masa aku buat pun, aku agak2 je kuantitinya. aku rasa kalau korang buat pun, korang mesti boleh agak punya nak banyak mana :) kepada yang duduk mesir tu ke kan, boleh la try EHEHEHEHEHEHEHEHE

ok bye, malu pulak tetiba rasa haha 

10.5.11

tabah

ASSALAMUALAIKUM :) 

rindu x rindu x? hihihi semalam baru balik rumah setelah seminggu la lebih kurang habis final. haaaaa hebat x? sebab tula tajuk entry ni tabah. sebab aku berjaya menabahkan diri untuk tidak pulang ke rumah semata2 kerana aktiviti kolej. padahal setiap insan punya nafsu untuk pulang ke tumah lepas exam lagi2 final sangatlah membuak buak. eh yeke? ke aku je? hahaha

ok. mumula kite cerita pasal cameron ok. kat sana aku ada kursus keusahawanan. memang xde kena mengena dengan aku pun tapi at least aku dapat belajar sesuatu yang baru ye dok? yang seghonoknyeeeeeeeeeeee geng aku cukup korum kat sana. 6 orang dapat bilik sekali. memang terbaikla. tapi group lain tapi in the same class. ha mmg lagi terbaikla. bertambah2 rasa sayang antara kami kat sana. yela tidur semua katil rapat. WEEHOO. lepastu yang bestnya lagi, ade bubudak SUKSIS dari ukm bangi. yeyey dapat kawan baru :) hehehe ok la tu je selama 6 hari memang geng aku keje ronggeng jela. ade je masa. hahahhhh. nak tengok gambar pegi fb aku.

abang abang polis. oh wow ! o.O haha
hari rabu kitorang balik, jumaat ada program BAKTI SISWA pulak bersama kanak- kanak sekolah rendah di KTSN. emmmmm aku xjadi fasi so xinvolve sangatla dengan bubudak ni. aku kerja belakang tabir la kiranya. kalau ikutkan, susah nak handle kanak- kanak sekolah rendah ni. nakal bukan sebab utama cuma excited terlebih dan hyperactive HAHA. xtahu lah nak kata best ke tak. nak tau korang tanyala barisan fasilitator. tapi berdasarkan pendapat para ibu bapa dan guru- guru, mereka memberikan feedback yang positive la. baguslah macamtu kan. hehe. dari jumaat sampai ahad tu, tiap pagi kitorang g senam robik hihi. fana, mira dengan kak nurul tido kat bilik aku. tetiap malam kitorang keluar dating dengan daniel, boyfreng mira hehe. isnin kitorang pulang ke pangkal jalan. and isnin jugak aku orang yang paling happy :D haahaa
barisan ajk TTK belakang tabir hehe
ok la bubbye now :D hehe muah