Pages

3.8.11

dia datang lagi

ASSALAMUALAIKUM,

harini rasa nak senyum je. sebab bulan ramadhan hehe. harini dah hari ketiga dah. cepatnya. yang lelaki tu jangan la mengada2 nak ponteng puasa. tak suka la. haha tetiba.

em bagi aku, Ramadhan ni seronok sebab 
- seronok bangun pagi sahur. bukan selalu bangun pepagi
- boleh jalan2 kat bazar, tengok macam2 makanan. setakat ni tak pergi lagi hee
- lepas dah menahan lapar, waktu berbuka tu kite lebih menikmati makanan kita. hehe syukur
- malam tu dapat tarawih. yeyey. kalau tak, ade kau pergi masjid ? ish ish
- dapat berjimat, keluar jalan2 xyah makan tengahari hehe
- dah habis sebulan boleh raya ! :D

tapi, dalam kita rasa seronok2 puasa tu, kita kena la muhasabah diri. kita selalu cakap, bulan puasa ni memberi kesedaran, mengajar kita macamana rasanya orang susah selalu susah nak dapat makan. walau bagaimanapun, bukan time puasa, time korang berlapar tu je korang kena teringat dekat mereka yang kurang mampu tu. cuba korang fikir sejenak masa korang sahur, masa berbuka. mereka makan apa ? haaa . 

so korang kena la bersyukur kalau katekanla mak korang masak lauk chillex chillex je. telur goreng je ke kan? haaa syukur la korang boleh lagi makan telur goreng sorang satu. siap ade kicap lagi. air mata kucing pulak tu. ish ish ish. 

time nak puasa ni korang mesti galak nak shopping raya kan ? aku le tu. haha tapi kita beringat la jugak lagi sekali terhadap golongan yang kurang mampu. apa yang dorang nak pakai time raya? dorang sambut ke raya? kita memang tak mampu nak tolong semua orang yang kurang mampu dekat Malaysia ni. apa lagi satu dunia. tapi at least, kita boleh tolong ringan kan beban. :)

apa kata korang derma baju raya korang yang korang rasa taknak pakai tapi masih elok dan boleh diguna semula, kasut ke, beg ke. macam2 boleh bagi. korang setiap tahun baju raya 3 pasang. aku lagi. -__- haha. so apela salahnya kan kan ? memang la dorang tak tau siapa yang bermurah hati menghadiahkan mereka pakaian baru untuk raya, tapi at least kita tau dorang pasti tersenyum kan? dan sejenak itu, kita akan turut tersenyum. wow ayat ! o.O haha . takkan korang tak tau nak derma kat mana ? kan banyak yang tong2 disediakan tu untuk korang menderma barang terpakai. aku rasa semua tau kot :)

apa yang aku nak sampaikan ni, kita bersyukur jela dengan rezeki yang kita ade. nak nak bulan puasa ni kan. sebenarnya aku mengingatkan diri aku sendiri yang serba kekurangan ni dan sering alpa. sekian wasalam SELAMAT BERPUASA ! :D

p/s: bila bila pun boleh menderma okay ! 

2 comments:

syamimi omar said...

salam ramadhan ain~

ain azmi said...

selamat berpuasa kak mimi !!!