Pages

15.8.11

mari menari



assalamualaikum :)

ade tak antara korang ni tengah berdiet ? diet yang tanak makan malam la, makan nasi siket jela, takpun tak makan nasi langsung, tak makan ape2 pun, amek pil pelangsing la. ish, tahu tak tak elok semua tu. aku sebagai bakal nutritionist, ehem  nak nasihat lah siket. toksah la diet sampai macamtu sekali. memangla nanti kurus, tapi tak sihat tahu tak ?! eh tak marah pun ni hehe. diet ni sebab kita nak dapat berat badan ideal, bukan nak kurus.

so meh kasi tips siket (versi sopan, takde kau aku. sebab nak nasihat kan teehee):
  • breakfast
ini paling penting ! dulu kite selalu malas breakfast masa sekolah sebab nanti sakit perut lepastu lambat pergi sekolah. padahal tula yang bagus sebab buang toksik2 yang kita makan malam sebelum tu. lagi satu, kalau korang tak breakfast, nanti tengahari korang cenderung untuk makan dengan sangat banyak. kata nak diet ? haa :)

  • rancang jadual makan
tapi ni takdela sampai awak nak tetapkan "ok pukul ni aku kena makan jugak !" takla, cuma bila tiba time nak breakfast ke, lunch ke, pergila makan. katakanla awak memang jenis kuat makan, breakfast dah la pukul 10. makan nasi lemak pulak tu lepastu tengahari pukul 12 awak lunch pulak makan nasi kerabu lah bagai. amboi ? HAHA. then makan malam janganla lewat sangat sebab nanti kalau dah tertido makanan tu tak dihadam sebab kilang perut kita berehat waktu kita tidur. tahu ? :) 
  • minum air 
ni kite tak tau la kite belajar ke, or baca kat mana- mana. tapi dah experiment la. awak minum dulu air satu gelas ke, berapa2 la tak kisah SEBELUM makan. bukan semasa taw, nanti buncit. hihi. kalau selepas tu tak payah cerita la. sebab apa sebelum, sebab nanti korang mesti kenyang siket lepastu makan nasi pun siket je taknak tambah banyak2. betuuuuullll. 

another thing, kalau katakanla korang dah makan kan lepastu tetiba lapar. jangan capai cokelat ke apa2 ke ! cuba minum air. air kosong la seelok eloknya. minum je banyak2, takpeeee. tapi kalau perut gendang2 jugak, hmm makanla...tapi siket je taw ! :)
  • makan buah
ini lebih kurang macam tips ketiga. makan sebelum atau pun makan bila korang rasa lapar tapi tadi dah makan banyak. :) lagi satu kan, bagus makan buah sebelum makan daripada lepas sebabnya, buah ni cepat dihadam compared to nasi, makanan2 lain. so dalam gastrointestinal tu, bila buah dihadam dulu, so makanan lain pun akan dihadam lepastu. tapi kalau buah kat atas, makanan lain dah la lambat digest, so nanti buah tu akan jadi busuk la kat dalam gastrointestinal. (pakar nutrisi dalam tv cakap hehe)
  • kawal pemakanan
nampak tu ? kawal pemakanan bukan tak makan. beragak la siket, bila makan tu. kalau tengahari tu korang makan stick la kononnya malam tu makan la simple simple. tak salah nak makan yang kat kedai tu ha. chocolate cake la, spaghetti carbonara, lasagne, yang bercheese cheese, lomak2 macam2 la. boleh, tapi jangan la selalu sangat. alahai. dalam seminggu tu, 2 3 kali boleh la. ok ? :)
  • cara masak
ha kalau masak sendiri pulak, janganla kerja goreng, masak lemak dan macam2 lah. sekali sekala buat lah sup, grill ke, baked dalam oven ke. kan kan ? senang kata, kurangkan penggunaan minyak dalam pemasakan anda. (ha kan dah skema) then, kalau dah ade satu lauk tu goreng2 guna minyak kan, yang lauk lain tu jangan la goreng. buatla sup ke, masak kurma ke. haaaa. lagi satu sayur jangan lupa. sayur pun tak payah guna minyak banyak.

extra tips: kalau rebus sayur tu, air rebusan tu jangan dibuang. air tu jadikan sup/ kuah sebab vitamin2, khasiat sayur tu dah keluar masuk dalam air rebusan tu :)
  • senaman
ha ni last lah. kalau korang dah makan banyak, lepastu tak gunakan tenaga, semuanya akan menjadi LEMAK ! wargh, nightmare. kite la tu :p nampak je slim, tapi banyak lemak. isk. hm, so baik korang bersenam. betul ni ! 3 minit sehari pun jadi la. kalau malas sangat nak joging, lari satu padang. korang main skipping. takpun, main kejar2 dengan adik korang. kalau pergi kerja ke, rumah flat ke yang ade lift tu. NAIKLAH TANGGA. dah agak- agak tak larat tu, naik la lift hehe. kemas rumah, sapu sampah dekat luar tu pun consider bersenam. senang kan ? basically, kalau buat aktiviti yang berpeluh tu, bersenam la tu namanya. nak bagitau semua baik kite buat entry lain pasal senaman hehe. :)

takpun, susah sangat korang menari je. dengar lagu kat bilik sorang- sorang lepastu lompat sana lompat sini la, apa lagi seronok pulak tu, kan ? :D

extra tips: ketawa pun bakar lemak tahu ? tapi jangan la lebih- lebih :)


jom menari


p/s: yang penting usaha tu. kalau setakat hangat- hangat tahi ayam, tak jadi der. hihi muah selamat mencuba.

4 comments:

RasyidHamid said...

jum dancing2 ngan ai...:P

ain azmi said...

hehehe jom ! tengok sape yang pancit :p

RasyidHamid said...

hahaha...tango?? salsa?? zapin?? pilih2 nak mane

ain azmi said...

zapin zapin ! tradisional siket hehe